Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desas-desus bahawa Parlimen akan dibubarkan pada Jumaat sebagai satu khabar angin dan spekulasi semata-mata.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakin pembubaran tidak akan berlaku pada hari ini.
"Setakat yang saya tahu, SPR tidak menerima maklumat seperti itu dan saya yakin bahawa ia hanya spekulasi saja," ujar Aziz dalam satu kiriman mesej sebagai menjawab pertanyaan Astro Awani.
Sejak awal bulan ini, khabar angin bertiup kencang mengenai tarikh pembubaran Parlimen yang dikatakan akan dibuat pada hari ini.
Portal berita, The Malaysian Insider pada Khamis yang memetik sumber Barisan Nasional melaporkan PRU-13 dijangka akan berlaku pada minggu kedua April.
Ia akan berlangsung sebulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan jelajah Janji Ditepati dan BN menyiapkan senarai calon serta manifesto.
Rata-rata pemerhati politik sebaliknya meramalkan proses demokrasi yang disifatkan sebagai ibu kepada segala pilihan raya negara itu akan berlangsung dalam bulan Mac.
Spekulasi Parlimen akan bubar pada minggu ini diyakini oleh banyak orang kerana mengambil kira tempoh lebih kurang sebulan yang berbaki sebelum cuti sekolah bermula 23 Mac ini, iaitu waktu yang dilihat sesuai untuk mengadakan pilihan raya.
Sementara itu, antara berita mengenai pilihan raya yang ada pada hari ini ialah SPR akan mengazetkan daftar pemilih terbaru.
Perdana Menteri pada hari ini menyambung lawatannya ke Sarawak. Beliau berada di Kuching untuk satu mesyuarat tertutup dengan pemimpin BN Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menerima taklimat mengenai persiapan BN Sabah di Kota Kinabalu.
Ashwad Ismail
Thu Feb 21 2013
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganalisis terkilan cara Harimau Muda tewas di tangan Uzbekistan
Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini.
KKR akan semak projek kolam tempur Kem Iskandar sebelum kenakan denda - Nanta
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
Parlimen Pakistan dibubarkan
Presiden telah menerima nasihat Perdana Menteri Shahbaz Sharif untuk Dewan Rakyat dibubarkan berdasarkan Perkara 58(1) Perlembagaan Pakistan.
PRU15: 'Buku Tommy Thomas, pengampunan Anwar perlu jadi peluru hentam pembangkang' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, jentera komunikasi Barisan Nasional (BN Comms) perlu memanfaatkan peluang berkenaan untuk dijadikan hujah menentang pembangkang.
Bubar Parlimen: "Kalau tak setuju, saya boleh pecat semua menteri" - Ismail Sabri
Ismail Sabri mengulangi kenyataan bahawa keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sikap tidak wajar.
PRU15: Majikan tidak benar pekerja keluar mengundi berdepan tindakan
Majikan perlu memberi kelonggaran kepada pekerja masing-masing untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, atau berdepan tindakan.
Usul Ismail Sabri calon PM terus dapat sokongan bahagian, bukan arahan UMNO
Usul menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri dalam menghadapi PRU15 terus mendapat sokongan sebahagian besar mesyuarat UMNO bahagian hari ini.
Parlimen bubar: Kerajaan, PM, SPR mohon batal saman pemula Charles Santiago
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 20 Okt ini.
PRU15: PH lancar manifesto Khamis depan - Anwar
Pakatan Harapan (PH) dijangka melancarkan manifestonya sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Khamis depan (20 Okt).
PRU15: Hari mengundi disyor Sabtu, elak operasi sekolah terjejas - Radzi
Hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disyor diadakan pada Sabtu supaya pengoperasian sekolah tidak terjejas, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
PRU15: Individu positif COVID-19 dibenar mengundi
Individu yang positif COVID-19 namun tidak kritikal, akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: GTA guna logo Pejuang
GTA membuat ketetapan untuk menggunakan lambang dan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.