Penceramah kontroversi, Wan Ji Wan Husin mencadangkan agar Pas dan UMNO mengutip derma daripada peserta demonstrasi 8 Disember ini untuk membantu menyelamatkan Utusan Melayu.

Kata Wan Ji, jika tidak membantu menyelamatkan Utusan, sekurang-kurangnya derma yang dikutip daripada peserta demonstrasi itu boleh meringankan beban hutang yang ditanggung syarikat akhbar tersebut.

"Memandangkan dia ada kalimah "melayu", elok sangat demo 8 dis ini, Pas - UMNO kutip derma kepada demonstrasi untuk selamatkan Utusan ini.

"Kalau tidak pun, bantu meringankan bebanan Utusan nak bayar hutang yang mereka kena bayar," tulis beliau di Facebook peribadinya.


Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited dan akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939.

Selain menerbitkan Utusan Malaysia, syarikat itu juga menerbitkan akhbar Kosmo, majalah URTV, Mangga, Mastika dan beberapa majalah lain.

Baru-baru ini Kumpulan Utusan berdepan masalah kewangan dan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada lebih separuh daripada kakitangannya.