Pas berharap kerajaan Pakatan Harapan membuka ruang seluas-luasnya untuk merealisasikan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU355) selepas tergantung pada zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh berkata, sebagaimana dijelaskan selama ini, RUU355 bukanlah agenda Pas, mahupun mana-mana parti politik sebaliknya agenda agama yang perlu diperjuangkan bersama.
“Bukan sekadar bawa ke dalam Parlimen tapi kita harap kerajaan baharu ini buka ruang kepada media massa termasuk televisyen, supaya kita mampu beri penjelasan sebaik mungkin terutamanya kepada bukan Islam agar mereka memahami RUU355 ini,” katanya kepada media.
Nik Mohamad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh mahu kerajaan memberi laluan kepada Pas memberikan penerangan secara profesional dan praktikal berkaitan perjalanan sesebuah sistem hidup di dalam Islam yang membawa kerahmatan kepada semua.
“Biar kita jelaskan kepada DAP, MIC, MCA dan kita sedia berdialog. Hatta sekiranya peluang ini diberikan tentu kerajaan yang ada tidak membawa masalah untuk DAP bagi kita meneruskan RUU355,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau juga memberitahu Pas akan menggunakan semua saluran termasuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan komitmen selama ini memartabatkan institusi mahkamah syariah.
“Kita akan guna semua saluran sebab sebagaimana saya tegaskan sebelum ini RUU ini bukan agenda politik tetapi agenda kewajipan umat Islam dan semua pemimpin Islam sepatutnya terlibat dalam memberi kefahaman kepada bukan Islam.
“Supaya mereka (bukan Islam) faham RUU355 ini bukan memihak kepada mana-mana pihak. Ia hanya melibatkan orang Islam sahaja. Insya-ALLAH kita doakan Pas mempunyai peluang cerah memperjuangkan RUU ini.
“Kita tidak bermusuh dengan sesiapa, kita berpegang kepada politik matang dan sejahtera. Kita utamakan perbincangan dan bermesyuarat dengan baik. Kita boleh berdialog secara harmoni,” katanya.
Sinar Harian
Tue May 15 2018
Nik Mohamad Zawawi berkata, Pas akan menggunakan semua saluran untuk meneruskan komitmen selama ini memartabatkan institusi mahkamah syariah. - Gambar fail
Lebih 500,000 pengembara Singapura ke Malaysia sehari
Lebih 500,000 pengembara dilepaskan menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas di Singapura pada menjelang cuti panjang hujung minggu Good Friday.
[TERKINI] Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ini laporan yang baharu kami terima.
Seorang lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan palsu Perancis.
Seorang lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan palsu Perancis.
Kumpulan Sunway kongsi nikmat ramadan melalui jelajah Sinar Ramadan 2024
Bersempena ulang tahunnya yang ke-50, Kumpulan Sunway menjalankan siri jelajah ke lima negeri bagi berkongsi nikmat sebenar ramadan kepada lebih 4,000 golongan kurang berkemampuan.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas satu operasi bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) awal minggu ini.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang dengan syarat
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Pulau Pinang.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Pembangunan LRT tidak ancam George Town
Pembangunan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang tidak akan mengancam kedudukan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pasport palsu Perancis.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.