PAS kekal di Sungai Limau, majoriti merosot

PAS kekal di Sungai Limau, majoriti merosot
YAN: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau mengalahkan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 1,084 undi.

Calon PAS, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,069 undi manakala calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi.
Jumlah undi majoriti yang diperolehi PAS merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.

Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman