Menteri Besar Terengganu Ahmad Mokhtar menafikan wujud perjanjian bertulis antara Pas dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Pas tidak sokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata perjanjian itu adalah perakuan Pas bagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri untuk memperkasakan agenda Islam, Melayu dan rakyat yang memerlukan.

“Kita memberikan komitmen untuk kepimpinan Perdana Menteri untuk meneruskan agenda bagi memperkukuhkan dan memperkasakan orang Melayu dan Islam di Malaysia.

BACA: Saya terpaksa dedah sebab Pas tak tepati janji - Tun M

“Jika beliau (Tun Mahathir) faham lain, Allahu A’lam. Pada kita jelas bahawa itu adalah perakuan kepimpinan Perdana Menteri bahawa Pas berdiri di belakang beliau untuk memperkasakan agenda Melayu dan Islam.

“Tiada kaitan langsung dengan PRK Semenyih. Sama seperti sebelum ini apabila Perdana Menteri memberitahu tidak menyokong ICERD, kita sokong beliau,” katanya.