Sepasang suami isteri nyaris terkena tembakan setelah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol di sebuah rumah di Kampung Alor Bemban, Tanah Merah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi tadi, pasangan berusia 25 dan 38 tahun itu sedang berehat di rumah mereka sebelum didatangi empat lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Camry.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata siasatan awal mendapati suspek berkenaan dipercayai sedang mencari seorang lelaki yang dikenali dengan nama gelaran 'Julie'.
"Keempat-empat lelaki itu turun dari kereta dan terus meluru ke dalam rumah pasangan terbabit untuk mencari Julie setelah melihat motosikal milik Julie berada di kawasan itu.
"Pasangan berkenaan memberitahu tidak mengenali Julie dan suspek mengesyaki pasangan itu menyembunyikan Julie, lalu salah seorang suspek melepaskan tembakan ke arah pasangan tersebut namun tersasar," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.
Mazlan berkata suspek turut bertindak membakar dua buah motosikal milik mangsa dan milik lelaki bernama Julie itu sebelum melarikan diri.
Beliau berkata pasangan suami isteri itu turut ditahan kerana mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api, Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, gerakan memburu suspek sedang giat dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan.
Bernama
Wed Feb 25 2015
Sepasang suami isteri nyaris terkena tembakan setelah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol di sebuah rumah di Kampung Alor Bemban, Tanah Merah, semalam. -Gambar fail
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Pasangan suami isteri nyaris terkena tembakan selepas diserang sekumpulan lelaki
Sepasang suami isteri nyaris terkena tembakan setelah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol di sebuah rumah di Kampung Alor Bemban, Tanah Merah, semalam.