Sepasang suami isteri terpaksa akur tanaman cili mereka di Kampung Tualang Tiga, dekat Tanjung Gemok, rosak sepenuhnya, akibat banjir sehingga mengalami kerugian lebih RM60,000.
Marina Ibrahim, 40, berkata ladang cili seluas enam ekar itu baharu sahaja ditanam awal bulan lepas dan sepatutnya sudah boleh dituai bulan ini.
Bagaimanapun, 22,880 anak pokok yang ditanamnya rosak, menyebabkan tuaian tidak dapat diteruskan sebaliknya terpaksa menunggu untuk menanam pokok yang baru.
"Lebih kurang 60 kilo(gram) hasil cili kita yang dah timbang, didapati rosaklah. Nak buat macam mana, ini antara keadaan yang kita terpaksa hadapi. Kami reda dengan keadaan ini, bagaimanapun, kami tidak putus asa untuk teruskan juga," katanya ketika ditemui di ladangnya, di sini, petang ini.
Turut meninjau kerosakan tanaman itu ialah Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi Timur Mohd Ainuddin Wahid.
Marina, adalah salah seorang daripada 2,000 ahli PPK, yang mana perusahaan cili turut mendapat pemantauan dari pertubuhan itu.
Sebelum ini, hasil pengeluaran cili boleh diraih sebanyak 300 kilogram sehari, kata ibu kepada empat orang anak itu yang telah melibatkan diri dengan tanaman cili sejak 23 tahun lalu.
Sementara itu, suaminya Mahdan Maun, 54, mengakui harga cili yang dibeli pemborong sejak dua tahun lepas sedikit menurun dan meraih harga dalam RM5 hingga RM9 sekilogram dalam dua tahun kebelakangan ini.
"Kalau dulu, harganya boleh cecah sehingga RM14 sekilogram, " katanya lagi.
Namun, lebih 80 peratus pendapatan mereka terjejas sejak banjir dan ini bukan kali pertama tanaman mereka rosak ekoran banjir.
Dalam pada itu, Mohd Ainuddin berkata ahli PPK yang terjejas boleh memohon untuk pinjaman tanpa faedah di bawah Tabung Bencana Pembangunan Usahawan Ladang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 19 2019
Marina menunjukkan sebahagian ladang cili yang diusahakan oleh beliau dan suami, terjejas selepas ditenggelami banjir. - Bernama
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Pasangan suami isteri rugi lebih RM60,000 tanaman cili rosak
Marina Ibrahim, 40, berkata ladang cili seluas enam ekar itu baharu sahaja ditanam awal bulan lepas dan sepatutnya sudah boleh dituai bulan ini.