Rakyat Malaysia diseru untuk mengetepikan perbezaan politik dan menuju ke 'proses penyembuhan' yang merupakan sebahagian kempen #SaySomethingNice yang digerakkan oleh platform media sosial.

Kempen tersebut diperkenalkan oleh seorang usahawan Anas Zubedy yang menganjurkan saling hormat-menghormati terutama selepas tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang telah sedikit-sebanyak memecah-belahkan masyarakat.

"Kami telah memperkenalkan kempen tersebut dua tahun lalu untuk memperingati tempoh 17 hari di antara hari sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia. Namun ianya telah digunakan dalam PRU-13 yang menghidupkan momentum sebelum hari pelancarannya pada 13 Mei ini," ujar Anas kepada astroawani.com.

Beliau berhasrat untuk memulakannya setelah melihat ahli politik dan penyokong mereka saling melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan sewaktu kempen berlangsung.

"Tidak mengapa untuk tidak bersetuju, namun mereka telah saling membenci dan hilang pula rasa hormat. Itu yang perlu dielakkan. Kita perlu saling berbaik-baik. Kini PRU-13 tamat, jadi inilah masa ahli politik untuk menjalankan kerja mereka berbanding saling menyalahkan satu sama lain.

Anas mensasarkan kempen berkenaan mencecah capaian satu juta rakyat Malaysia melalui media sosial dan membabitkan penulisan blog, Twitter dan poster.

"Jika anda penyokong BN, katakan perkara yang baik kepada penyokong PR dan begitu juga sebaliknya. Jika anda pengguna media sosial sebarkan hal yang baik melalui Twitter, Facebook, Google+ dan blog," tambah beliau mengulas inisiatif kempen berkenaan.

Berikut adalah di antara tuit yand dikirim oleh pengguna Twitter: