Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyambut baik kenyataan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa mereka mempunyai cukup bukti bagi menyiasat unsur jenayah dalam peperangan antara Israel dan Palestin.
Sambil menganggap perkara itu sudah patut dilakukan lama dahulu, Dr Mahathir berkata, Israel perlu dibicarakan atas membunuh, merampas tanah, membina kediaman haram di atas hak orang lain.
“Kita sendiri pernah menghantar bahan-bahan binaan ke Hamas, tetapi kapal kita ditahan pihak Israel, termasuk sebuah kapal dari Turki. Kapal-kapal ini tidak dibenarkan menghantar bantuan kepada Gaza, sedangkan ia hanya berlayar di perairan antarabangsa.
“Anda tidak boleh menahan kapal di atas perairan antarabangsa, tetapi mereka (Israel) datang dengan senjata, menahan dan menunda kapal kami ke pelabuhan mereka, dan sampai sekarang kita tidak tahu bantuan berkenaan telah disampaikan atau tidak,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas selesai Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, di sini hari ini.
Semalam, Pendakwaraya ICC Fatou Bensouda membuat kenyataan bahawa ada asas yang kukuh bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas situasi yang berlaku di Palestin.
Dalam kenyataan yang dipamerkan di laman web ICC itu, Bensouda berkata, beliau berpuas hati ada bukti jenayah perang berlaku di Tebing Barat, Baitulmaqdis, dan sempadan Gaza, tidak ada sebab untuk mempercayai bahawa siasatan yang perlu dijalankan tidak akan memberikan keadilan.
Mengenai persepsi bahawa sidang kali ini diboikot negara besar seperti Arab Saudi, dan diburukkan lagi dengan ketidakhadiran pemimpin Pakistan dan Indonesia, Dr Mahathir berkata, tiada paksaan dalam Islam.
“Jika mereka mahu datang, silakan. Jika tak mahu, tak mengapa. Tetapi secara amnya persidangan ini telah menarik kehadiran tokoh dari pelbagai negara, jika bukan pemimpinnya, sekurang-kurangnya ada wakil negara serta para ilmuan.
“Jadi kita (negara Muslim) harus terus berusaha menguatkan diri sendiri. Terpulang apa yang orang lain nak kata,” jelasnya lagi.
Firdaus Azil
Sat Dec 21 2019
Israel perlu dibicarakan atas membunuh, merampas tanah, membina kediaman haram di atas hak orang lain, kata Dr Mahathir. - Foto Bernama
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.
Mesyuarat OIC minggu depan bincang mengenai Palestin
Sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi.