Pertubuhan Bangsa-Bersatu (PBB) memuji usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara agama, khususnya cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Keharmonian dan Perdamaian Nasional.
Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia Michelle Bachelet berkata terdapat aspirasi kuat untuk perubahan positif di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik dan berbilang agama tetapi yang menimbulkan keprihatinan ialah bagaimana perubahan itu akan memberi kesan terhadap kepentingan pelbagai sektor masyarakat.
"Cabaran utama adalah bagaimana untuk menangani ucapan berbaur kebencian, dengan membezakan antara ucapan yang dibenarkan dan ucapan yang mungkin mengandungi elemen-elemen berbaur hasutan.
"Pelan Tindakan Rabat yang diterima pakai pada 2012 dan mendasari undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, memberikan panduan berguna dalam hal ini, dan saya telah menawarkan bantuan pejabat saya dan mekanisme hak asasi manusia PBB yang lain untuk mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam," katanya dalam sidang media pada akhir lawatan empat harinya ke Malaysia, di sini, pada Sabtu.
Malaysia adalah destinasi pertama lawatan Bachelet ke Asia Tenggara sejak memegang jawatan itu pada September 2018, dan lawatan ke Malaysia adalah atas jemputan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah semasa bertemu di luar acara Majlis Hak Asasi Manusia pada 26 Feb di Geneva, Switzerland.
Dalam lawatan itu, Michelle juga bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menteri kabinet serta institusi hak asasi manusia kebangsaan, dan pelbagai organisasi masyarakat sivil.
Bachelet juga mengalu-alukan langkah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang merupakan langkah penting dalam menangani isu penderaan, layanan buruk dan mati dalam tahanan, serta langkah-langkah untuk menaik taraf beberapa penjara yang telah lama.
Beliau juga menghargai dasar dan strategi yang bertujuan untuk memperkasakan wanita dan difahamkan beberapa undang-undang menunggu kelulusan termasuk mengenai gangguan seksual di tempat kerja.
"Mengenai isu perkahwinan bawah umur, kami membincangkan cara untuk mencapai standard harmoni di seluruh negara, menaikkan umur minimum untuk pendidikan wajib, dan menangani faktor-faktor penyumbang seperti kehamilan remaja," katanya.
Mengenai isu Rohingya, Bachelet yang berpeluang melawat ke pusat pembelajaran alternatif untuk pelarian Rohingya semasa lawatannya berharap memberi pengiktirafan kepada pelarian dari segi undang-undang dapat diperkuatkan dan hak bagi pendidikan dan akses ke pasaran pekerjaan dapat dijamin kepada semua pelarian.
Bachelet berharap kerajaan akan menarik balik beberapa undang-undang yang menghalang kebebasan bersuara dan perbahasan umum termasuk Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Perhimpunan Aman dan Akta Rahsia Rasmi.
Beliau juga mahu kerajaan mengekalkan moratorium semasa mengenai hukuman mati dan mengalu-alukan pengumuman bulan lepas bahawa pasukan petugas khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bentuk hukuman alternatif terhadap hukuman mati mandatori.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019
Michelle Bachelet berkata terdapat aspirasi kuat untuk perubahan positif di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik. - Reuters Media
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.