Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan aspek keselamatan diutamakan sepanjang Perhimpunan RUU 355 yang berlangsung esok, terkawal.
Tanpa mendedahkan jumlah anggota yang bertugas sepanjang perhimpunan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis telah membuat persediaan awal bagi memastikan kelancaran perhimpunan itu.
"Anggota yang akan ditugaskan adalah mencukupi dalam memastikan soal keselamatan pada perhimpunan esok berada pada tahap yang terbaik," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai aspek keselamatan sepanjang perhimpunan itu.
Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya akan menugaskan kira-kira 140 anggota untuk mengawal trafik di sekitar jalan utama ke Padang Merbok sepanjang perhimpunan.
"Mereka (anggota polis trafik) akan bertugas secara bergilir-gilir dan mempunyai dua syif sepanjang perhimpunan berlangsung," katanya sambil menambah tiada penutupan jalan ke Padang Merbok ketika perhimpunan itu berlangsung.
Rabu lepas, PAS dilaporkan berkata kira-kira 200,000 orang dijangka hadir perhimpunan tersebut yang bertujuan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
RUU Persendirian itu dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 24 Nov lepas bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017
AMAR SINGH: PDRM akan memastikan aspek keselamatan diutamakan sepanjang Perhimpunan RUU 355 yang berlangsung esok, terkawal. - Gambar fail
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
PDRM pastikan keselamatan perhimpunan RUU355 - Ketua Polis KL
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan aspek keselamatan diutamakan sepanjang Perhimpunan RUU 355 yang berlangsung esok, terkawal.