PDRM, POLRI kerjasama siasat penemuan kertas undi di Kajang

PDRM, POLRI kerjasama siasat penemuan kertas undi di Kajang
FUZI: PDRM juga telah mendapatkan bantuan POLRI.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (POLRI) berhubung kes penemuan sejumlah dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum Republik itu di Kajang Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM kini sedang menjalankan siasatan bagi menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil untuk membantu pihak berkuasa Republik Indonesia.

"PDRM juga telah mendapatkan bantuan POLRI memandangkan kes yang berlaku tidak melibatkan pelanggaran undang-undang Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Kertas undi Pilpres 2019 ditemui di Kajang: Tunggu kenyataan KPN - Sumber

BACA: Pilpres 2019: Tiada toleransi terhadap penipuan kertas undi


Khamis lalu, sekitar 300 karung mengandungi lebih 20,000 kertas undi bertanda dilaporkan ditemui di sebuah premis di Sungai Tangkas Bangi dan Taman Kajang Utama.

Pengundian awal untuk Pilihan Raya Umum dan Presiden Indonesia dijadualkan 17 April ini dengan kerjasama beberapa jawatankuasa pemantau pilihan raya.

Malaysia ialah negara paling banyak pengundi Indonesia, iaitu kira-kira 1.5 juta pengundi berdaftar.

Media sebelum ini melaporkan, Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Krishna Hannan berkata, enam pusat undi akan dibuka di seluruh negara pada 14 April iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Tawau dan Kota Kinabalu.



Tag: PDRM, POLRI, Pilihan Raya Umum, Indonesia, Mohamad Fuzi Harun, kertas undi, dokumen


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.