Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang untuk mengesyorkan kepada kerajaan agar 'menghalalkan' permainan judi dalam talian walaupun terdapat negara jiran berbuat demikian.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini kerana sudah terdapat permainan judi yang dibenarkan di Malaysia termasuk nombor ekor.
"Saya fikir sudah ada permainan judi yang mencukupi untuk orang berjudi, sudah ada Magnum, Toto dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan veteran dan bekas polis Orang Asli bersempena Ulang Tahun 69 Komando ke-47, di sini hari ini.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Singapura membenarkan aktiviti perjudian dalam talian di negara itu.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa di mana-mana kawasan di Malaysia jika menggunakan fasiliti judi dalam talian di Singapura itu, ia adalah satu kesalahan.
PDRM telah mengesyorkan beberapa pindaan ke atas Akta Rumah Judi Terbuka 1953, kata Khalid tanpa menghuraikan lebih lanjut. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2016
PDRM tidak bercadang untuk mengesyorkan kepada kerajaan agar 'menghalalkan' permainan judi dalam talian walaupun terdapat negara jiran berbuat demikian. -Gambar hiasan
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
PDRM tidak bercadang syor 'halalkan' judi dalam talian - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini kerana sudah terdapat permainan judi yang dibenarkan di Malaysia termasuk nombor ekor.