Pecah monopoli Bernas: Ini sebab kenapa lapan kementerian terlibat

Pecah monopoli Bernas: Ini sebab kenapa lapan kementerian terlibat
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaporkan sedang mengkaji untuk membuka monopoli Bernas sebanyak 30 peratus kepada pemain industri padi dan beras yang lain pada tahun depan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lapan kementerian telah diarahkan bagi membantu memecahkan monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kerana ia merupakan sebahagian daripada agenda lebih besar iaitu mengukuhkan aspek sekuriti makanan negara.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub, agenda mengukuhkan sekuriti makanan perlu merentasi pelbagai kementerian.

"Isu sekuriti makanan ini bukan hanya lagi dipikul oleh MOA tetapi mestilah berdasarkan jawatankuasa yang dibentuk tentang keselamatan makanan.


"Kita tidak boleh berkompromi tentang isu keselamatan makanan negara," katanya dalam Agenda AWANI yang bersiaran pada jam 9 malam Isnin.

Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaporkan sedang mengkaji untuk membuka monopoli Bernas sebanyak 30 peratus kepada pemain industri padi dan beras yang lain pada tahun depan sebelum konsesi syarikat itu tamat sepenuhnya pada 2021.

BACA: Kerajaan kaji buka 30 peratus monopoli Bernas

Salahuddin juga memberi penjelasan terperinci mengenai cerita daging dan tenusu bagi menampung permintaan domestik dan saksikan temu bual penuh Agenda AWANI di sini: