Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Mejar selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes penyelewangan pembekalan inap desa di Kem Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen George Town, Ameera Mastura Khamis kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.

Difahamkan, lelaki terbabit ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang petang semalam.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 iaitu salah guna kuasa, Seksyen 18 akta sama kerana mengemukakan tuntutan palsu dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah.