Seorang pegawai kanan sebuah bank tempatan ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima Menara Southern Bank, Bukit Damansara, 11 pagi tadi.

Mangsa, Soh Ming Sang, 42, ditemui tertiarap dalam keadaan berlumuran darah di bahagian belakang bangunan tujuh tingkat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Siasatan awal mendapati kejadian tidak melibatkan unsur jenayah.

Mangsa bekerja di bahagian sistem sokongan, telah berkahwin selama 11 tahun tetapi tidak mempunyai anak.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.