Meskipun baru hampir tiga minggu memegang jawatan Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal mempunyai visi dan misi jelas mahu melihat negeri itu lebih maju dan makmur di bawah pentadbirannya.
Antara fokus utama beliau ialah memastikan setiap rancangan di bawah portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing terutama yang berkait rapat dengan kebajikan rakyat.
Kurang sebulan dari pelantikannya, anak kelahiran Muar itu telahpun melantik seorang pegawai KPI di pejabatnya dan juga di semua 10 portfolio yang ada.
"Menerusi pegawai KPI itulah, saya akan lihat betapa bagusnya dan apa pencapaian yang beliau (Exco) berjaya capai selama mereka bertugas.
"Saya cukup yakin Exco-Exco (yang dilantik), mereka semua mesra kepada ketua jabatan dan saya harapkan mereka semua selesa bekerjasama dengan ketua-ketua jabatan, jadi, saya rasa tiada isu untuk kami tidak capai apa pun perancangan yang sudah dibuat sebelum ini," kata beliau dalam satu temu bual di pejabatnya di Kota Iskandar, baru-baru ini.
Menurut Dr Sahruddin, pegawai-pegawai KPI yang dilantik akan memberi laporan terus kepadanya setiap bulan untuk beliau menilai sendiri tahap prestasi barisan Exco dan jabatan-jabatan di bawah semua portfolio berkenaan.
Meskipun terdapat perubahan portfolio, terdapat lapan Exco masih dikekalkan dalam barisan Exco yang baru, di mana mereka ini telahpun bekerjasama dengan ketua-ketua jabatan sebelum ini dan turut mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.
"Jadi, sebetulnya tidak ada banyak sangat perubahan terjadi. Saya cukup yakin Exco-Exco ini semua mesra kepada ketua-ketua jabatan, jadi, saya rasa tiada isu untuk kami tidak capai apa pun perancangan yang sudah dibuat sebelum ini.
"Saya pun tidak mengubah terlalu banyak perancangan dan manifesto yang kita tetapkan (sebelum ini)," tambah Menteri Besar.
Berusia 43 tahun, Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-17 pada 14 April lepas di Istana Bukit Serene, menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 8 April, tahun ini.
Untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masuk hampir setahun memerintah di Johor, Dr Sahruddin turut menetapkan empat hala tuju pentadbiran beliau.
Pertama, menjamin keharmonian politik untuk kelestarian ekonomi Johor dan kedua, kesepakatan rakyat untuk kesejahteraan dan kemakmuran Bangsa Johor.
"Ketiga, peningkatan ekonomi rakyat untuk taraf dan kualiti hidup yang lebih selesa dan keempat, inovasi untuk pelaburan domestik dan antarabangsa Johor.
"Apa pun teras dan idea daripada Tok Man (Datuk Osman Sapian) yang lepas dan akan dibuat, kita akan mantapkan dan selarikan dengan apa pun pelan yang kita rancangkan," tambah Dr Sahruddin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2019
Kurang sebulan dari pelantikannya, anak kelahiran Muar itu telahpun melantik seorang pegawai KPI di pejabatnya dan juga di semua 10 portfolio yang ada. - Gambar fail
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Dr Sahruddin, Dominic diangkat jadi Pengerusi PN Johor, Pulau Pinang - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang beliau pengerusikan pada Sabtu.
Dr Sahruddin kini Pengerusi BPN Bersatu Johor yang baharu
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal kini adalah Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor.
PRN Johor: PN harap SOP mesra pengundi, kempen
Perikatan Nasional (PN) Johor yakin prosedur operasi standard (SOP) yang dimuktamad bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan bersifat 'mesra kempen pilihan raya dan pengundi.'
LPNM bakal bangunkan produk hiliran baharu
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) kini dalam usaha untuk membangunkan produk hiliran baharu iaitu pelet makanan haiwan ruminan yang dihasilkan daripada sisa buah berkenaan.
UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor
Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan dibentuk oleh UMNO, MIC, Bersatu, Pas dan serta beberapa ADUN daripada parti lain yang tidak dimaklumkan.
MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif Influenza A
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal sekali lagi menegaskan kanak-kanak perempuan, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, yang meninggal dunia, Isnin lepas, negatif bagi jangkitan Influenza A.
Pemberian bantuan khas nelayan bukan isu - MB Johor
Kerajaan negeri Johor menyifatkan pemberian bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 yang diumumkan semalam, tidak sepatutnya dijadikan isu
Tiada kompromi, tindakan tegas sebar isu perkauman, agama - Muhyiddin
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan atau menyebar isu perkauman dan keagamaan melalui media sosial.
Istana Johor tiada hak campur tangan isu umur belia - PM
Istana Johor tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan penentuan had umur belia di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pegawai KPI lapor prestasi portfolio barisan Exco Johor - MB
Meskipun baru hampir tiga minggu memegang jawatan Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal mempunyai visi dan misi jelas mahu melihat negeri itu lebih maju dan makmur di bawah pentadbirannya.