Mayat seorang peguam ditemui di sebuah pejabat perkhidmatan guaman, di Jalan Dewan, dekat sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra, pihak polis telah mendapat panggilan berhubung penemuan mayat Tsai Yuen Pang, 62, di pejabat berkenaan pada jam 7.23 pagi.

Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian pada jam 7.45 pagi pihak polis telah berjumpa dengan anak lelaki mangsa dan menunjukkan lokasi mangsa ditemui.

"Pihak ambulan telah tiba di lokasi kejadian pada jam lebih kurang 7.30 pagi dan telah mengesahkan kematian mangsa.

"Siasatan di tempat kejadian tidak mendapati sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Tambah Chandra, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Queen Elizabeth bagi tujuan bedah siasat bagi siasatan mati mengejut.

"Berdasarkan bedah siasat punca kematian mangsa adalah disebabkan serangan jantung," katanya.