Peguam Negara kaji draf akhir pindaan akta berkaitan pekerja - Kula

Peguam Negara kaji draf akhir pindaan akta berkaitan pekerja - Kula
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, pihaknya juga menjangka undang-undang ini akan dibentangkan di Parlimen pada April ini - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Draf akhir berkaitan pindaan Akta Pekerjaan 1955, Akta Minimum Akta Perumahan dan Kemudahan 1990 serta Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 sedang dikaji Pejabat Peguam Negara.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, pihaknya juga menjangka undang-undang ini akan dibentangkan di Parlimen pada April ini.

"Kita akan menyediakan polisi yang tidak diubah selama 25 tahun, untuk menjadikan Mahkamah Perusahaan dan akta berkaitan dijalankan dengan lebih profesional.
"Ia termasuk masalah sama di Mahkamah Buruh yang perlu beberapa tindakan. Kini tidak ada keseimbangan untuk Akta Kerja Semenanjung dan Sabah di mana ada beberapa tidak berpihak kepada pekerja. Kita akan mohon seimbangkan dalam Akta Semenanjung dan Sabah serta Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu katanya, mesyuarat itu turut membincangkan cadangan Dasar Sumber Manusia Kebangsaan (NHRP) yang dibangunkan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti sumber manusia.

Jelasya, enam teras di bawah NHRP akan memberi tumpuan kepada mengutamakan rakyat dalam pekerjaan selaras keperluan ekonomi negara, menjamin hak pekerja dan majikan dalam mengekalkan dan meningkatkan hubungan perindustrian yang kondusif dan harmoni serta meningkatkan tadbir urus pada pekerjaan, keselamatan dan perlindungan tempat kerja.

Selain itu ia turut membekalkan perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif, peningkatan penyelidikan sumber manusia dalam penemuan yang berkaitan kelak.

Tag: Parlimen, Media, ekonomi, mahkamah, kesihatan, Peguam Negara, keselamatan, undang-undang, menteri, rakyat


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.