Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai pasukan kerajaan dalam rayuan terhadap keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan bahawa Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948 tidak mengikut perlembagaan.
Mohamed Apandi, yang hadir di mahkamah hari ini untuk mengetuai pasukan dianggotai para peguam persekutuan bagi mewakili kerajaan dalam perkara itu, mengaku beliau memang jarang hadir di mahkamah.
"Semasa rayuan utama nanti, saya sendiri yang akan mengendalikannya kerana bagi saya, ia merupakan kes kepentingan awam.
"Ia sesuatu yang penting, iaitu kepentingan awam serta melibatkan undang-undang jenayah dan undang-undang sivil, yang saya mahu ia akhirnya diputuskan oleh mahkamah tertinggi.
"Selalunya, saya tidak hadir, tapi kes ini sangat penting," katanya kepada pemberita selepas prosiding.
Hari ini adalah kali kedua Mohamed Apandi menghadirkan diri di mahkamah sejak menyandang jawatan sebagai Peguam Negara kesembilan mulai 28 Julai 2015.
Kali pertama ialah pada 30 Jun tahun lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang apabila beliau mengetuai pasukan pendakwa dalam kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Pada prosiding hari ini, Mohamed Apandi, ketika sesi memperkenalkan pihak dalam kes itu, menggunakan istilah sapaan "sahabat and abang saya" terhadap peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, peguam utama yang mewakili Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei.
Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, bersara pada Februari 2010, manakala Mohamed Apandi juga pernah menyandang jawatan sama sebelum dilantik sebagai Peguam Negara.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin hari ini memberi kebenaran kepada kerajaan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948 tidak mengikut perlembagaan.
Berikutan kebenaran yang diberi itu, kerajaan boleh memfailkan notis rayuan dalam tempoh 14 hari dan rekod rayuan dalam tempoh lapan minggu, sebelum mahkamah dapat menetapkan tarikh rayuan.
Pada 25 Nov tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Mat Shuhaimi dan mengisytiharkan bahawa peruntukan yang terkandung dalam Akta Hasutan adalah tidak sah. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 22 2017
Mohamed Apandi mengetuai pasukan dianggotai para peguam persekutuan bagi mewakili kerajaan dalam kes itu. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Peguam Negara ketuai rayuan terhadap keputusan bersejarah kes hasutan
Peguam Negara mengetuai pasukan kerajaan dalam rayuan terhadap keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan bahawa Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948 tidak mengikut perlembagaan.