Seorang pekerja kedai kek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan IS.

Mohammad Naim Abdul Rashid didakwa telah berada di Syria bagi memberi sokongan kepada kumpulan tersebut.

Dia juga didakwa menggunakan penerbangan Qatar Airways ke Syria melalui Istanbul.

Perbuatan tersebut dikata dilakukan antara 28 Disember 2013 hingga 7 April 2014 di kaunter Imigresen balai pelepasan antarabangsa KLIA Sepang.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim mengikut Seksyen 130J(1)(a) kanun keseksaan.

Sabit kesalahan membawa hukuman penjara seumur hidup.

Tiada pengakuan dicatatkan dan tertuduh mengaku faham tuduhan yang dihadapinya.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan kes disebut semula 15 Disember bagi pengurusan kes.