Pekerja maut dilanggar ketika pungut sampah

Pekerja maut dilanggar ketika pungut sampah
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata akibat pelanggaran tersebut mangsa telah tercampak lalu tersangkut di antara tiang telefon dan pondok. - Gambar hiasan
KUCHING: Seorang pekerja pemungut sampah maut dilanggar sebuah kereta di Jalan Ong Tiang Swee, di sini, pada kejadian 6.11 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata akibat pelanggaran tersebut mangsa telah tercampak lalu tersangkut di antara tiang telefon dan pondok.

"Pihak bomba telah menjalankan operasi menurunkan mangsa yang dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.