Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) , Tan Sri Lee Lam Thye menyarankan agar semua organisasi perlu mengambil kira isu stres yang berkaitan dengan pekerjaan.
Tegasnya, ia harus dilihat sebahagian daripada risiko-risiko psikososial sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan dan kesihatan untuk mengurangkan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.
"Majikan perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan rancangan bagi mencegah atau mengurangkan risiko-risiko psikososial agar membolehkan pekerja memainkan peranan dalam membantu mewujudkan persekitaran kerja psikososial yang sihat.
"Pengurusan stres dan risiko psikososial di tempat kerja akan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat di mana pekerja berasa dihargai dan akhirnya budaya di tempat kerja akan menjadi lebih positif. Akhirnya produktiviti dan prestasi perniagaan akan menjadi bertambah baik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya, walaupun banyak faktor yang menyumbang kepada kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja, terdapat bukti yang signifikan bahawa persekitaran tempat kerja adalah salah satu daripada puncanya.
"Dalam persekitaran psikososial yang baik, kerja boleh memberikan manfaat kepada kesihatan mental pekerja, memberikan mereka rasa yang lebih besar dalam penyertaan sosial, identiti dan status, serta peluang untuk pembangunan dan meningkatkan keyakinan," jelasnya.
Sebaliknya ujar Lam Thye, persekitaran psikososial kerja yang buruk boleh memberi kesan negatif yang signifikan ke atas kesihatan pekerja.
Katanya lagi, terdapat lima kategori hazard kesihatan yang dikenal pasti di tempat kerja iaitu fizikal, kimia, biologi, ergonomik dan psikososial.
"Stres tergolong di bawah kategori psikososial. Setiap pekerja menghabiskan kira-kira satu pertiga daripada kehidupan seharian mereka di pejabat atau di tempat kerja.
"Isu di tempat kerja adalah merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemurungan. Walau bagaimanapun, isu ini sering diabaikan terutamanya oleh pihak majikan.
"Pekerja mungkin tidak mengenali simptom awal, terutamanya jika mereka mengalami kemurungan yang sederhana seperti keletihan dan dysthymia," tegasnya.
Dalam pada itu kata Lam Thye, kesan terhadap masalah kesihatan mental pekerja, keluarganya dan masyarakat secara keseluruhan adalah amat besar dan perlu ditangani dengan baik.
"Adalah penting kebahagiaan dan kesejahteraan pekerja dan keluarga mereka dapat dipastikan melalui inisiatif meningkatkan kesihatan mental yang baik di tempat kerja.
"Isu-isu kesihatan mental di tempat kerja perlu diberikan perhatian yang serius kerana produktiviti kakitangan di setiap organisasi adalah bergantung kepada kesihatan mental mereka," katanya.
Lam Thye juga meminta majikan sedar bahawa pengabaian terhadap kesihatan mental dan faktor-faktor psikososial di tempat kerja bukan sahaja merugikan pekerja tersebut malah akan memberi kesan langsung kepada produktiviti, kecekapan dan keuntungan di mana-mana organisasi.
"Status kesihatan mental pekerja yang merosot boleh memberi kesan kepada prestasi pekerja, sakit yang kerap, ketidakhadiran, kemalangan dan pertukaran kakitangan.
"Isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan mental di tempat kerja juga mempunyai kesan langsung ke atas semua pihak yang berkepentingan di tempat kerja termasuk majikan, pelanggan dan masyarakat yang berada di sekitarnya.
"Tiada satu pun tempat kerja yang kebal daripada masalah gangguan mental. Impak dari segi psikologi, sosial dan ekonomi adalah tinggi," jelasnya.
Katanya lagi, kepentingan kesihatan mental juga tidak boleh diabaikan sebaliknya perlu diberi perhatian sewajarnya dalam pelbagai perkara di mana-mana organisasi.
"Apabila membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, perkara berkaitan kesihatan mental di kalangan pekerja tidak boleh diabaikan.
"Promosi kesihatan di tempat kerja adalah amat penting dan ia memerlukan gabungan usaha di antara majikan, pekerja dan kerajaan untuk bekerjasama bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan orang-orang di tempat kerja.
"Tempat kerja memberi kesan langsung dalam mempengaruhi fizikal, mental, ekonomi dan sosial pekerja dan seterusnya akan mempengaruhi kesihatan keluarganya, komuniti dan masyarakat sekeliling," katanya.
Sementara itu ujar Lam Thye, konsep bagi mempromosikan kesihatan di tempat kerja semakin menjadi relevan apabila makin ramai organisasi awam dan swasta menyedari bahawa kejayaan di masa depan dalam pasaran globalisasi hanya boleh dicapai dengan tenaga kerja yang sihat, berkelayakan dan juga bermotivasi.
"Pelaksanaan promosi kesihatan di tempat kerja boleh memastikan keseimbangan yang fleksibel dan dinamik di antara jangkaan pelanggan, sasaran organisasi dan kemahiran serta keperluan kesihatan pekerja, yang mana ia boleh membantu syarikat-syarikat dan organisasi untuk bersaing di pasaran.
"Bagi sesebuah negara, pembangunan terhadap promosi kesihatan di tempat kerja akan menjadi pra-syarat untuk pembangunan sosial dan ekonomi yang mampan," jelasnya.
Astro Awani
Mon Jul 06 2015
LAM THYE: 'Pekerja tidak stres jika majikan tahu hargai mereka' - Gambar fail
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kerajaan digesa tangani isu keselamatan jalan raya, kurangkan kemalangan
Ikatan menggesa kerajaan agar menunjukkan keazaman politik yang kukuh dalam langkah keseluruhan keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kemalangan.
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi
Kenaikan gaji penjawat awam perlu diselaraskan dengan kadar inflasi dalam negara kerana ia memainkan peranan penting bagi menentukan kecukupan gaji mereka.
Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye
Lam Thye berkata, pewujudan tersebut juga adalah langkah progresif sekiranya diluluskan kerana boleh mendengar dan menyiasat kes penyelewengan dengan lebih telus.
Cadangan penubuhan badan bebas siasat agensi penguat kuasa kembalikan keyakinan rakyat - Pakar
Kewujudan badan bebas berkenaan berkait dengan isu keyakinan orang ramai terhadap penyelesaian kepada setiap aduan yang dibuat mereka.
'Jalan pintas' ambil lesen memandu bahayakan diri, pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berkata, individu yang ingin memiliki lesen memandu perlu mengikuti syarat-syarat ditetapkan dan tiada istilah 'gerenti lulus'.
Pembentukan kerajaan baharu perlu berteras Rukun Negara - Lee Lam Thye
Pembentukan kerajaan yang baharu seharusnya berprinsipkan kepada lima asas Rukun Negara yang mengandungi teras dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.
PM disaran pegang portfolio Menteri Perpaduan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar memegang portfolio Menteri Perpaduan bagi memperkasakan masyarakat di bawah pemerintahan kerajaan baharu.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
PRU15: Wakil rakyat perlu bersedia khidmat sepenuh masa - Lee Lam Thye
Parti politik juga tidak boleh lepas tangan dan harus mengambil tanggungjawab terhadap prestasi wakil mereka.