Jumlah penuntut asing yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini dijangka meningkat sehingga 200,000 orang menjelang tahun 2020.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata jumlah itu meningkat sebanyak 30,000 berbanding sekarang, iaitu 170,000 orang berikutan kualiti dan prestasi pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara kini semakin meningkat.
"Kepercayaan pelajar luar terhadap sistem pendidikan di IPT kini semakin berubah terutamanya setelah beberapa IPT dalam negara berjaya meningkatkan prestasi masing-masing hingga mampu menyaingi beberapa universiti ternama di peringkat dunia sejak beberapa tahun ini," katanya kepada media selepas merasmikan Program Besut Sihat 5.0.
Pada program itu lebih 150 pelajar antarabangsa daripada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di ibu negara termasuk dari Kolej Universiti Lincoln dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bersama-sama lebih 3,000 penduduk tempatan mengadakan pelbagai aktiviti yang diadakan di Padang Astaka Jertih di sini.
Antara program yang dijalankan termasuk senamrobik, acara larian, aktiviti berbasikal, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan e-game untuk golongan muda yang membabitkan pertandingan video FiFA 2018.
Idris, yang juga Anggota Parlimen Besut menambah, dengan perkembangan itu telah menyebabkan beberapa IPTA atau IPTS yang mempunyai pelajar daripada luar mula turun padang hingga ke kampung-kampung bagi membolehkan pelajar mereka dapat mempelajari budaya penduduk setempat.
Dalam perkembangan lain, Idris memberitahu satu konsep baharu akan diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Kolej Komuniti (KK) bagi membolehkan pelajar yang belajar di kolej berkenaan belajar sambil bekerja tidak lama lagi.
Katanya, konsep yang dinamakan Konsep "Learn and Earn" itu akan membuka peluang kepada pelajar Kolej Komuniti menjadi perantis (pelatih) kepada sebuah syarikat iaitu pada masa yang sama mereka akan belajar dan mendapat gaji dari majikan tempat mereka bekerja.
"Ini adalah satu daripada usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatkan gred KK termasuk juga membabitkan Politeknik dan IPT dalam negara secara berperingkat-peringkat," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Mar 10 2018
Idris (lima, kanan) bersama para Wakil Rakyat tempatan serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah Besut bersama orang ramai bersiap sedia untuk memulakan larian sejauh 5 KM pada Program Besut Sihat 5.0 di Padang Astaka Jertih pada Sabtu. - BERNAMA
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA merupakan pembohongan besar.
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda
Idris menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti beliau.
Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun
Penyata hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi 2022 akan dibentangkan selewat-lewatnya hujung Jun ini.
Malaysia-Indonesia capai resolusi kurang kadar kemiskinan, model Felda akan jadi contoh
Malaysia dan Indonesia telah mencapai satu resolusi untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Asia Tenggara serta meningkatkan sekuriti makanan di rantau ini.
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
PRU15: Idris umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda
Keputusan untuk tidak bertanding pada PRU diambil sejak 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti.
PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan
Tan Sri Idris Jusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO, untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang disandangnya.
Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris
Bagi musim haji 2022, TH telah memberikan lesen kepada 22 syarikat PJH dan THTS untuk mengendalikan pakej haji.