Pelajar Sabah yang terkandas di Semenanjung dan Sarawak dan mahu kembali ke Sabah, perlu menjalani ujian swab sama ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau sebaik tiba di Kota Kinabalu, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.
Beliau berkata ia adalah prosedur yang telah ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
"Sebaik selesai menjalani ujian swab, pelajar-pelajar akan dibenarkan balik dan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
"Bagi pelajar yang bergejala, mereka akan dimasukkan ke pusat kuarantin.
"Bagi pelajar yang rumah mereka tidak sesuai atau tidak memenuhi kriteria untuk kuarantin di rumah, maka pelajar tersebut terpaksa tinggal di pusat kuarantin.
"Contoh tidak sesuai ialah tiada bilik persendirian yang mempunyai tandas sendiri atau rumah terlalu ramai penghuni, dan terdapat warga emas yang tinggal bersama," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, bagi pelajar yang balik dari luar negara dan belum dikuarantinkan di Kuala Lumpur, perlu masuk ke Pusat Kuarantin selama 14 hari, apabila tiba di negeri ini.
Dr Yusof berkata, mengikut data terbaharu yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), jumlah pergerakan pelajar dari Semenanjung dan Sarawak ke Sabah adalah 11,653 dan jumlah pelajar dari Sabah ke Semenanjung dan Sarawak pula adalah 3,375.
"Semua tiket penerbangan akan dibiayai KPT. Universiti Malaysia Sabah telah dilantik dan dipertanggungjawabkan sebagai pengurus Zon Sabah oleh KPT.
"Universiti berkenaan bertanggungjawab untuk mengurus semua pergerakan pelajar keluar, masuk, dan dalam negeri Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 06 2020
Yusof berkata ia adalah prosedur yang telah ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
PM bincang dengan Kementerian Luar perkembangan semasa di Iran petang ini
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
KKM lulus peruntukan bina bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran
Peruntukan itu juga termasuk bagi kerja-kerja pembaikan kecil Dewan Kampung Tangkarason yang bernilai RM50,000.
Salah beri ubat: Jabatan Kesihatan Sabah mohon maaf
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini memohon maaf kepada keluarga pesakit berhubung insiden pesakit diberi ubat yang salah oleh pegawai perubatan semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Feld
Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini
JKNS menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin itu dalam sehari kepada penduduk.
COVID-19: Peningkatan kes di Sabah disebabkan pengesanan kontak rapat - Masidi
Peningkatan mendadak kes COVID-19 di Sabah adalah berpunca daripada pengesanan kontak rapat yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Lima sekolah di Kota Kinabalu rekod kes positif COVID-19
Sebanyak lima sekolah di Kota Kinabalu telah merekodkan kes positif COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.
COVID-19: Sabah sedia sekat penerbangan jika perlu - Masidi
Kerajaan akan menimbang untuk menyekat sementara perjalanan dari atau ke Sabah jika kes jangkitan COVID-19 meningkat.
Sabah rekod lebih 800 pesakit COVID-19 sembuh - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) merekodkan seramai 833 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital semalam.
Bilangan kes positif COVID-19 di Sabah dijangka meningkat semula - Masidi
Sabah dijangka mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 lebih tinggi bermula esok, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun.
COVID-19 di Sabah: Tiada sampel tertunggak, angka positif masih tinggi
Kerajaan Sabah hari ini mengesahkan tiada lagi sampel tertunggak yang boleh menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.