Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas digilis sebuah bas di Jalan Batu Lima-Sik, Kampung Charok Malau, 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata Mohamad Atiff Abd Rahman, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

"Mangsa yang sedang menunggang motosikal terjatuh di atas jalan raya selepas terlanggar belakang sebuah lori yang ingin membelok ke kiri jalan sebelum digilis bas," katanya hari ini.

Mohd Ismail berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat.