Golongan yang berminat dalam bidang agama dan belia yang cenderung menggunakan senjata adalah dua golongan yang dipercayai menjadi sasaran kegiatan militan Daish.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata ekoran itu, golongan pelajar diseru tidak terlibat dalam sebarang kegiatan militan Daish yang kini menyasarkan remaja di peringkat sekolah untuk direkrut termasuk melalui laman sosial.
"Jika di luar negara, belia diajar menggunakan senjata api oleh golongan tertentu (militan) dan kami amat berharap remaja di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan kegiatan terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Sambutan Ulang Tahun Kor Kadet Polis Ke-46 Peringkat Kontinjen Kelantan di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Tunjong, di sini pada Isnin.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Datuk Ab Aziz Abdullah.
Ab Rahman berkata polis memandang serius ancaman militan kerana ia boleh menggugat keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat negara ini.
Beliau berharap golongan remaja tidak mudah terpengaruh dengan gerakan seperti itu kerana ia boleh menyebabkan berlaku kekacauan dalam negara.
Sementara itu, Ab Rahman berkata beliau mengharapkan Kor Kadet Polis menjadi 'mata dan telinga' kepada pihaknya untuk melaporkan kes jenayah yang berlaku di kawasan sekolah serta merujuknya kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
"Kami tubuhkan dua unit di sekolah termasuk Unit Cawangan Khas dan Unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) melalui PPS.
"Jika berlaku pergaduhan melibatkan perkauman boleh laporkan kepada pihak PPS Unit Cawangan Khas dan sekiranya berlaku sebarang kejadian melibatkan buli boleh laporkan terus kepada pihak JSJ untuk tindakan lanjut," katanya.
Bernama
Mon Aug 29 2016
Ab Rahman berkata polis memandang serius ancaman militan kerana ia boleh menggugat keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat negara ini. - Gambar fail
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
Polis siasat majlis istiadat anugerah gelaran 'Datuan'
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan kes berkenaan selepas menerima tiga laporan polis pada 26 Mac lepas mendakwa wujud perkara mencurigakan ketika majlis penganugerahan tersebut.
Strok haba disyaki punca kematian dua remaja yang ditemui dalam kereta
Laporan awal bedah siasat ke atas mayat dua remaja lelaki ditemui dalam sebuah kereta di sini semalam percaya mereka meninggal dunia disebabkan 'strok haba'.
Penemuan empat mayat dipercayai ada kaitan dengan konflik agama di Myanmar
Polis Kelantan mengesahkan dua daripada empat mayat yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam petang Ahad, adalah warga Myanmar.
Pegawai kastam wanita maut kenderaan dirempuh tonto
Mangsa, Anisah Ali, 54, meninggal dunia pada pukul 11.15 malam akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.