Seorang pelajar lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer empat, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor.

Mangsa Muhammad Haikal Ahmad, 16 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki itu maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota.

Katanya, mangsa yang datang dari arah bandar dipercayai hendak membelok ke Jalan Kebun Teh Lama sebelum bertembung dengan kereta berkenaan di tempat kejadian berhampiran Danga City Mall.

"Mangsa yang beralamat di Taman Cempaka itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan teruk.

Remaja itu terbaring dengan berlumuran darah.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.