Hampir 40 peratus pelajar yang dibuang sekolah di Terengganu dikesan tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah dan lebih cenderung bekerja meskipun pada usia yang masih muda.
Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, kira-kira 1,300 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini yang dibuang sekolah pada 2017 dan ada pelajar serta keluarga yang tidak membuat rayuan kerana sudah hilang minat belajar dan mempunyai masalah keluarga.
Antara penyebab tindakan dibuang sekolah ialah salah laku berulang kali dan ada kalanya pihak sekolah mengenakan tindakan penggantungan sekolah bagi pelajar berkelakuan liar serta mengganggu dengan tidak dibenarkan memasuki sekolah sehingga 14 hari.
Katanya, sejumlah 30 peratus kes buang sekolah disebabkan tidak hadir ke sekolah secara berterusan dan peratusan sama turut melibatkan masalah disiplin atau salah laku disiplin.
"Kebanyakan murid yang dibuang sekolah boleh diterima semula (untuk bersekolah) apabila merayu ke JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) atau PPD (Pejabat Pendidikan Daerah), namun bergantung kepada kes yang melibatkan pelajar dan juga jarak daripada penempatan terdekat.
"Polisi pendidikan, jika dibuang sekolah kerana ketidakhadiran mereka boleh diterima di sekolah asal tetapi jika dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin kita galakkan mereka ditempatkan di sekolah yang berlainan," katanya kepada Bernama di sini.
Katanya secara keseluruhan kes pelajar dibuang sekolah masih terkawal jika dilihat kepada jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini iaitu 240,000 orang.
Tambahnya isu ketidakhadiran dan salah laku murid telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tindakan negeri dan daerah yang diketuai beberapa pemimpin negeri yang memberi fokus utama tentang masalah kehadiran murid.
"Masalah pengangkutan untuk daerah pedalaman seperti di Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun masih menjadi antara penyebab ketidakhadiran selain beberapa faktor lain seperti kecenderungan murid tidak hadir pada hari Ahad kerana perhimpunan sekolah," katanya.
Shafruddin berkata banyak langkah intervensi telah dibuat oleh JPN dan PPD untuk mengatasi masalah itu dan pihak sekolah sendiri telah meningkatkan disiplin murid, malah intervensi yang melibatkan antara jabatan dan agensi lain juga dilakukan.
"Setiap PPD juga ada mengadakan majlis pemuafakatan antara agensi dengan PPD, malah guru ada memberi kaunseling kepada pelajar secara berterusan termasuk keluarga, jika mereka tampil mendapatkan bantuan," katanya.
Bagi membendung gejala keciciran dalam akademik, beliau berharap ibu bapa dapat memantau pergerakan anak-anak supaya tidak mudah terpengaruh dan mengelak daripada melakukan pelbagai perkara yang akan mengundang pelbagai risiko dibuang terutama terlibat dalam jenayah. -- Bernama
Bernama
Mon Jun 18 2018
Sejumlah 30 peratus kes buang sekolah disebabkan tidak hadir ke sekolah secara berterusan dan peratusan sama turut melibatkan masalah disiplin atau salah laku disiplin. - Gambar hiasan
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Mohamad Aniq, Nur Ain Nabilah dinobat olahragawan, olahragawati UiTM 2022
Badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan atlet boling padang wanita negara Nur Ain Nabilah Tarmizi hari ini dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2022.
Universiti Tsukuba buka kampus cawangan di Malaysia
Universiti Tsukuba dari Jepun bakal membuka cawangannya di sini, iaitu kampus cawangan mereka pertama di luar negara, susulan memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani kedua-dua negara.
Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.
Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 80 tahun
Yeop Ali meluangkan masa 10 tahun untuk menamatkan pengajian dan banyak menghabiskan masa persaraannya di perpustakaan dan diskusi akademik
11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak
Mereka memilih untuk mengikuti sesi pelajaran kami dalam ijazah sarjana ini pada setiap musim cuti sekolah sahaja.
Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik
Setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya.
APEL.Q tukar pengalaman individu jadi kelayakan akademik
APEL untuk Anugerah Kelayakan Akademik (APEL.Q) mengiktiraf pembelajaran individu melalui pengalaman sebelumnya.
Tajaan MARA: Tiada istilah guna 'kabel', pilih kasih - Azizah
Pemberian tajaan pelajaran berkenaan adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan selama ini.
Sabar! Bukan masa sesuai tukar kerajaan - Penganalisis
Menumbangkan kerajaan ketika tempoh kritikal ini tidak akan menjamin bahawa krisis politik yang melanda negara boleh diselesaikan secara tuntas.
Belajar dalam talian tidak halang cemerlang SPM
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan dalam talian yang dilaksanakan tidak menjadi halangan untuk mencapai kecemerlangan.