Seorang pelajar Tingkatan 4 maut selepas motosikal yang dinaiki bersama rakannya dirempuh sebuah kereta.

Kemalangan berlaku di Kampung Wakaf Baru, Gong Badak di sini kira-kira jam 9.45 malam Khamis.

Insiden itu mengakibatkan mangsa Muhammad Hakim Hasbullah, 16, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah manakala rakannya yang berusia 18 tahun turut mengalami kecederaan.

Ketika kejadian kedua-dua sahabat itu dari arah Batu Enam dikatakan sedang membuat pusingan U namun setibanya di lokasi, motosikal yang dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah kereta dari belakang.

Rakan mangsa yang berusia 18 tahun turut mengalami kecederaan. - Foto Astro AWANI

Keadaan kawasan pusingan U yang gelap mengakibatkan kereta tersebut gagal mengelak lalu melanggar motosikal tersebut.

Susulan rempuhan itu kedua-dua mangsa dipercayai tercampak ke atas jalan raya dan diseret kenderaan tersebut.

Keadaan kawasan pusingan U yang gelap mengakibatkan kereta tersebut gagal mengelak lalu melanggar motosikal tersebut. - Foto Astro AWANI
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.