Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum tercampak ke penghadang jalan.

Kejadian berlaku di kilometer 157 jalan Kuantan-Kuala Terengganu, berhampiran bandar Chukai, Kemaman sekitar jam 6.45 petang Isnin.

Insiden itu menyebabkan mangsa, Abdul Rahman Mohd Azmi, 16, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah Kuantan menuju ke arah Kuala Terengganu.


Sejurus tiba d itempat kejadian motosikal pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2 itu dipercayai terbabas sebelum tercampak ke penghadang jalan.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan, Mohd Haki Hasbullah mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hHspital Kemaman untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.