Pelajar tingkatan satu ditemui lemas

Pelajar tingkatan satu ditemui lemas
Mayat remaja berusia 13 tahun ditemui lemas di Sungai Kampung Gajah Mati di sini, petang Selasa.
KUALA KRAI: Seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai ditemui lemas di Sungai Kampung Gajah Mati, di sini petang tadi.

Mangsa Muhamad Aiman Syafiq Baharuddin, 13 tahun sebelum itu dikatakan bermandi-manda bersama beberapa rakannya di sungai kecil di kawasan itu kira-kira pukul 3 petang Selasa.

Bagaimanpun, mangsa dikatakan dibawa arus deras akibat peningkatan air sungai sebelum lemas dan hilang.
Mayat mangsa yang ditemui diusung oleh orang ramai dan pasukan penyelamat.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Pegawai Bomba Mohamed Hanif Che Khalid, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.25 petang.

Mayat mangsa yang ditemui diusung oleh orang ramai dan pasukan penyelamat.

Dalam operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan pihaknya menemui mangsa tidak jauh dari lokasi beliau dilaporkan hilang sekitar pukul 3.44 petang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.


Mayat mangsa yang ditemui dibawa ke Hospital Kuala Krai.