Pelan rasionalisasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjaya dan telus sepenuhnya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Arul Kanda.
"Sejak tiga tahun lepas, pembangkang telah mempolitikkan isu perniagaan ini untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Malang bagi mereka, rancangan rasionalisasi dalam jagaan saya, berjaya, " katanya.
Dalam temu bual dengan Martin Soong dan Oriel Morrison dari Street Signs Asia CNBC Asia hari ini, Arul Kanda berkata syarikat itu meneruskan penglibatan media kerana ia benar-benar telus dan secara terang-terangan menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu-isu pelaburan kerana ia mempunyai bon yang didagangkan secara umum berjumlah US$7.75 bilion (US$1=RM3.89) di pasaran.
"1MDB memulakan pelan rasionalisasi pada 2016 untuk menjana keuntungan ke atas aset syarikat dari semasa ke semasa dan memenuhi obligasi hutangnya. Sehingga kini, ia belum mengingkari kewajipan pembayaran balik hutangnya. Kami juga menjual aset dan memindahkan pemilikan aset kepada MoF (Kementerian Kewangan), supaya ia dapat dikembangkan secara bebas daripada 1MDB.
"Sebagai contoh, TRX (Tun Razak Exchange) berjaya menarik HSBC sebagai penyewa utama dan menandatangani perjanjian bagi Prudential Insurance, manakala 1MDB menjalin usaha sama dengan Land Lease untuk bersama-sama membangunkan 17 ekar (6.88 ha) tanah," kata Arul Kanda.
Beliau berkata komuniti perniagaan dan pelaburan antarabangsa sudah melihat melepasi isu-isu lama dan berpuas hati terhadap ketelusan dan keterbukaan syarikat dan kini komited untuk melabur dalam projek-projek yang berasal dari 1MDB.
"Syarikat itu tidak mempunyai masalah kewangan dan memenuhi semua tanggungjawab hutang kami secara penuh dan tepat pada waktunya, dan kami menjangkakan dapat melakukannya sehingga sampai tempoh matang hutang akhir yang harus dibayar," katanya.
Arul Kanda menegaskan bahawa 1MDB mempunyai aset hampir US$11 bilion dan hutang sebanyak US$ 7.75 bilion, sambil menambah aliran tunai daripada pelupusan dan pemindahan aset akan digunakan untuk melangsaikan hutangnya, dan pada masa ini syarikat itu yakin terhadap keupayaannya untuk memenuhi semua kewajipan tersebut.
Mengenai tindakan pembangkang yang menggesa siasatan berterusan dilakukan ke atas 1MDB, Arul Kanda berkata Bank Negara Malaysia telah menyelesaikan siasatannya dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, yang terdiri daripada 14 orang ahli, termasuk lima anggota pembangkang, telah mengemukakan laporannya pada April 2016, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara.
"Tiada dakwaan jenayah atau sivil dibuat. 1MDB menyatakan bahawa ia bukan pihak kepada sebarang siasatan undang-undang yang sedang dijalankan dan bukan subjek kepada sebarang siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 21 2018
Rancangan rasionalisasi dalam jagaan Arul disifatkan berjaya.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.