Pelantikan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari sebagai Setiausaha Agung Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang baharu bukan sahaja menjadi sejarah kepada kumpulan kerjasama ekonomi itu tetapi juga bukti penghormatan dan pengiktirafan negara anggota terhadap sumbangan Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan bekas duta Malaysia ke Mesir, Brunei dan Qatar itu menyaksikan buat pertama kali D-8 memilih seorang ahli diplomat yang berpengalaman luas sebagai setiausaha agungnya.
"(Melalui pelantikan ini) tentunya mereka mempunyai unjuran yang amat tinggi terhadap Ku Jaafar, bukan hanya atas pengalaman beliau tetapi (terhadap) Malaysia juga diletakkan harapan untuk bersama-sama negara anggota D-8 lain memacu enam bidang utama yang menjadi fokus pertubuhan selama ini," katanya kepada kumpulan media Malaysia sejurus tiba di sini pada Khamis.
Ahmad Zahid berada di sini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8 bermula Jumaat yang bakal menyaksikan beliau menyampaikan kenyataan negara semasa sidang kemuncak itu.
Ku Jaafar yang akan memulakan tugasnya pada 1 Jan 2018 bagi tempoh empat tahun, bakal menggantikan Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung D-8 sejak 2014.
Menyentuh mengenai sidang kemuncak D-8 itu, Ahmad Zahid yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata beliau akan menggunakan peluang tersebut untuk bertukar pandangan dan meningkatkan hubungan kerjasama ekonomi sedia ada serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Katanya enam bidang utama yang telah dikenal pasti dan untuk ditingkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota ialah industri serta perusahaan kecil dan sederhana; pertanian dan keselamatan makanan; pengangkutan; tenaga; mineral dan pelancongan.
"Ketika sidang kemuncak ini, negara-negara D-8 dijangka menghasilkan dua dokumen iaitu Deklarasi Istanbul yang mencerminkan komitmen pemimpin daripada semua negara anggota terhadap setiap agenda dan usaha sama di bawah rangka kerja D-8 serta Pelan Tindakan D-8 Pasca 2017," katanya.,
Bertemakan 'Mengembangkan Peluang Menerusi Kerjasama', sidang kemuncak kali ini juga adalah bersempena ulang tahun ke-20 perkumpulan itu yang ditubuhkan pada 1997.
D-8 ditubuhkan pada 15 Jun 1997 di Istanbul, Turki sebagai mekanisme untuk kerjasama dalam sektor ekonomi lapan negara membangun terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata pada sidang kemuncak tersebut, beliau juga akan membangkitkan isu etnik Rohingya yang kini ditindas hingga terpaksa menjadi pelarian di Bangladesh bagi mendapatkan sokongan daripada negara-negara D-8 untuk terus membantu mereka..
Katanya Malaysia yang begitu konsisten dalam isu pelarian Rohingya seperti yang ditegaskan pada beberapa pentas antarabangsa termasuk oleh Najib ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bulan lepas, akan terus mendesak Myanmar untuk mengambil tanggungjawab menangani isu tersebut seperti yang disarankan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Antonio Guterres.
Ahmad Zahid berkata beliau juga akan mengambil peluang untuk berkongsi pengalamannya ketika melawat ke Kem Pelarian Rohingya di Kutupalong, Cox's Bazar, Bangladesh pada awal minggu ini.
Selaku pemimpin kanan utama sebuah negara yang pertama pernah melawat kem pelarian itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berpandangan isu Rohingya perlu disentuh pada forum ekonomi tersebut kerana "ia perkara yang tidak dapat dielakkan" .
Ahmad Zahid yang diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di sini pada 9 malam waktu tempatan sebelum dibawa ke hotel penginapan dan disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Malaysia ke Turki Abdul Razak Abdul Wahab serta pegawai-pegawai Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2017
Ku Jaafar yang akan memulakan tugasnya pada 1 Jan 2018 bagi tempoh empat tahun, bakal menggantikan Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung D-8 sejak 2014.- Gambar Fail.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Raikan perbezaan selagi tidak menggunakan kaum untuk meraih perhatian - Mahasiswa
Setiausaha Agung Demokrat Universiti Malaya, Krishan Renganathan berkata perbezaan pandangan dalam sebuah negara demokrasi adalah suatu yang lumrah. Jelasnya, batas dalam perbezaan itu adalah tidak menggunakan sensitiviti kaum untuk meraih perhatian dan memancing isu. #DialogAnakMuda
Pupuk sikap mendengar tanpa bersifat emosional, reaksi terburu-buru - Belia
Graduan undang-undang Taylor’s University Malaysia, Faith Ling berkata masyarakat perlu amalkan sikap mendengar dari semua pihak secara terbuka tanpa bersikap emosional dan memberi reaksi secara terburu-buru demi menyantuni perbezaan pendapat yang wujud. Jelasnya, isu seperti konflik Israel-Palestin adalah terlalu kompleks dan perlu diamati dengan berhati-hati demi menjaga keharmonian. #DialogAnakMuda
Minda individu bawah 25 tahun lebih mudah dilentur hormat sensitiviti kaum - Pemimpin GSL
Pengurus Program Pemimpin GSL, Bernard Ow berkata minda generasi bawah 25 tahun lebih mudah untuk dilentur dan dilahirkan sebagai agen perpaduan dalam masyarakat. Jelasnya, perkara utama yang perlu ditekankan adalah aspek menghormati perbezaan pandangan yang rencam dalam konteks Malaysia. #DialogAnakMuda
Perpaduan bukan bermakna tiada pergaduhan - Undi18
Alumni Program Undi18, Khairun Sofea berkata mencapai status masyarakat bersatu-padu bukan bermakna mencipta komuniti yang tidak ada perbalahan. Sebaliknya, ketegangan akan terus berlaku tetapi masyarakat yang hidup dalam perpaduan akan cuba saling hormat dan faham, seterusnya mengekalkan keharmonian. #DialogAnakMuda
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
AWANI 7:45 [19/04/2024] – Perang Iran-Israel | Gaji baharu penjawat awam | Cubaan seludup dadah tumpas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkembangan terbaharu perang Iran-Israel, Israel membisu pascaserangan
- Kerajaan teliti situasi di Iran, kemungkinan bawa keluar rakyat Malaysia
-Tambah baik gaji penjawat awam, tunggu hari pekerja, kata PM
- Buang beras? Sebenarnya beras sudah rosak
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkembangan terbaharu perang Iran-Israel, Israel membisu pascaserangan
- Kerajaan teliti situasi di Iran, kemungkinan bawa keluar rakyat Malaysia
-Tambah baik gaji penjawat awam, tunggu hari pekerja, kata PM
- Buang beras? Sebenarnya beras sudah rosak
#AWANInews
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati.
Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur dan AI - PM Anwar
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
IoT untuk rangsang ekonomi negara anggota D-8 pasca COVID-19 - Muhyiddin
Malaysia sedang giat membangunkan industri berasaskan IoT seperti e-dagang, analitik data raya, kecerdasan buatan (AI), blockchain dan automasi.
Malaysia usul pengiktirafan sijil vaksinasi dalam kalangan negara D-8
Muhyiddin percaya bahawa ia akan mempercepatkan pembukaan semula sektor yang paling teruk terjejas.
Ambil iktibar sejarah lampau, elak perpecahan menghancurkan negara - Ahmad Zahid
Banyak catatan sejarah dunia boleh dijadikan iktibar terutama berkaitan kejatuhan sesuatu kerajaan dan empayar hanya kerana perbalahan sesama sendiri oleh pemimpin dan rakyat.
Pelantikan Ku Jaafar satu penghormatan kepada Malaysia
Pelantikan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari sebagai Setiausaha Agung D-8 bukan sahaja menjadi sejarah kepada kumpulan kerjasama ekonomi tetapi juga bukti penghormatan terhadap sumbangan Malaysia.
Malaysia gesa anggota D-8 bantu pelarian Rohingya
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata negara anggota D-8 perlu membantu etnik Rohingya dengan cara mana yang boleh untuk meringankan keadaan sosioekonomi mereka yang menyedihkan.
TPM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8
Ahmad Zahid akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8 di Istanbul, Turki, Jumaat ini.
Anifah ketuai delegasi Malaysia ke Majlis Menteri-Menteri D8
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Anifah akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan daripada kementerian.