Seorang pelayan bar warga Bangladesh dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana merogol dan menyebabkan kecederaan rakan sekerjanya yang berusia 15 tahun ketika dalam perjalanan pulang daripada tempat kerja, tahun lepas.
Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Robin, 28, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah dan setelah mendengar keterangan kesan impak mangsa dalam kes tersebut.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam menukar pengakuannya hari ini yang ditetapkan untuk perbicaraan. Sebelum ini selain mangsa, seorang doktor pakar sakit puan dan perbidanan telah dipanggil untuk memberikan keterangan.
Dalam penghakimannya, hakim itu berkata kesalahan dilakukan tertuduh yang merupakan seorang warga asing adalah jenayah berat dan perbuatannya terhadap mangsa yang masih muda adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Md Robin yang sudah berkahwin dan mempunyai anak masih kecil telah merogol dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang remaja di tepi Padang Golf Kelab Diraja Selangor di sini, pada 11 malam, 1 Okt 2016.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa telah meminta pertolongan tertuduh untuk menghantarnya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal milik lelaki itu selepas selesai bertugas.
Dalam perjalanan, tertuduh yang dalam keadaan mabuk telah meminta mangsa untuk membawa motosikalnya dan ketika itu kedua-duanya terjatuh di tepi padang golf berkenaan.
Tertuduh telah bertindak menindih badan mangsa serta mengarahkan agar tidak melawan, dan apabila berlaku pergelutan lelaki itu mengikat tangan mangsa menggunakan tali lehernya dan tertuduh melakukan seks oral sebelum merogol mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi memohon hukuman berat dan sebatan memandangkan tertuduh merupakan warga asing dan berani melakukan jenayah di sini, selain mangsa yang masih muda juga telah diugut dan dicederakan oleh tertuduh.
"Kesan daripada kejadian itu mangsa merasa malu dan tidak boleh melupakan peristiwa hitam yang menyedihkan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017
Seorang pelayan bar warga Bangladesh dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana merogol. - Gambar hiasan
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar dorong pembangunan ekonomi Bangladesh
Upacara perasmian laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar yang dibina dengan kerjasama syarikat China diadakan di sini, pada 11 November.