Khabar gembira buat pelancong ke Langkawi.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kadar pelepasan cukai belian untuk pelancong tempatan yang tinggal di Langkawi melebihi 48 jam dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.

"Saya isytiharkan di sini bahawa kita akan membenarkan pelancong daripada tanah besar yang membeli belah di Langkawi ini mereka tidak perlu bayar cukai sebanyak RM1,000 bukan RM500 seperti zaman pemerintahan dahulu.

Pada majlis itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi menegaskan status bebas cukai di pulau peranginan negara ini akan terus dikekalkan.

"Ada percubaan untuk menghapuskan taraf bebas cukai di Langkawi. Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini akan kekalkan taraf bebas cukai di Langkawi," kata Dr Mahathir.

Namun, jelas beliau, pengecualian cukai itu tidak termasuk arak dan rokok.

Perkara itu diumumkan Dr Mahathir sejurus merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Langkawi di Langkawi City dekat Kuah, Langkawi, siang tadi.