Seorang pemain kelab bola sepak amatur mati lemas akibat terjatuh ke dalam Tasik Eco Ardence, di Setia Alam, kira-kira jam 10 malam tadi.
Pemain bagi kelab Sarban FC itu, dikenali sebagai Khairul Anuar Hashim, 26 tahun, ditemui kira kira jam 2.35 pagi ini.
Mangsa yang berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil bola di dalam tasik berkenaan.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak antara 5 dan 15 meter dari lokasi dia terjatuh di tebing tasik.
"Kesukaran mencari dan menyelamat di kawasan ini adalah kerana kawasan ini, di bawahnya sedikit berselut.
"Dengan kedalaman tasik sekitar 3 meter, ia menyukarkan sedikit proses menyelamat, ditambah pula kejadian berlaku pada waktu malam," katanya.
Seramai 37 anggota termasuk dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang, dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam operasi mencari mangsa.
Sebelum kejadian, mangsa difahamkan bermain bola sepak bersama rakan sepasukan di padang berdekatan.
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat.
Astro Awani
Wed Jan 09 2019
Kesukaran mencari dan menyelamat di kawasan tasik itu adalah kerana ia sedikit berselut. - Gambar hiasan
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Pemain bola sepak lemas dalam tasik, dipercayai cuba ambil bola
Mangsa, dikenali sebagai Khairul Anuar Hashim, 26 tahun, ditemui kira kira jam 2.35 pagi ini.
Air pasang besar di Klang: Tiada kawasan dinaiki air - Bomba
Pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi dinaiki air mendapati tiada limpahan air laut melepasi ban dan keadaan adalah terkawal.
Arus deras: Enam kanak-kanak antara 20 mangsa diselamatkan
Kesemua mereka sedang berkelah di tebing sungai berkenaan secara tiba-tiba arus sungai menjadi deras.