Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot berhampiran Pelantar Minyak Dulang.
Kejadian berlaku di kawasan 65 batu nautika dari Kuala Terengganu.
Mangsa dikenali sebagai Suhaimi Muhammad, 41 tahun, dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Menurut rakan mangsa Mohd Zarimy Mohd Azahari, dia bersama 10 yang lain termasuk tekong bot, keluar memancing pada Ahad.
Bot berkenaan mengalami kerosakan kemudi dan terpaksa berlabuh berhampiran Pelantar Minyak Dulang, untuk mendapatkan bantuan.
Keadaan menjadi kecoh apabila mangsa dikatakan tergelincir dan terjatuh ke laut.
“Waktu tu arus sangat laju, kami nampak dia cuba berenang melawan arus, jadi kami capai tali dan baling tapi dia tak dapat capai.
“Kami lempar pula jaket keselamatan, dia dapat tangkap tapi ketika itu dia nampak kepenatan dan tak sempat sarung. Jadi dia peluk saja jaket itu dan dalam masa tak sampai beberapa saat, dia dah hanyut terlalu jauh,” kata Mohd Zarimy.
Bot berkenaan tiba di Jeti Seberang Takir kira-kira jam 3 pagi dengan bantuan bot nelayan.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan KM Jujur dari Pejabat Daerah Maritim 10, Tok Bali, Kelantan.
Astro Awani
Tue Jul 25 2017
Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot berhampiran Pelantar Minyak Dulang. -Gambar hiasan
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Penipuan SMS kembali aktif
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan taktik penipuan melalui SMS yang dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal seperti Maxis, Celcom dan Digi.
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Pencarian remaja dikhuatiri lemas di Teluk Senangin diteruskan
Sehingga kini operasi pencarian giat dilakukan untuk mengesan mangsa di sekitar kawasan itu.
Lelaki dikhuatiri lemas ketika aktiviti riadah di Taman Rekreasi Alor Lempah
PPDA JBPM Selangor tiba di lokasi pada jam 10.50 pagi dan operasi pencarian mangsa dilakukan di kawasan berarus dan pada kedalaman air lima meter.
Kanak-kanak tiga tahun dikhuatiri lemas jatuh tali air
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air di Kampung Kebor Besar, petang tadi.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pagalan bersama keluarganya di Kampung Baru Durok pada Sabtu.
Pelatih AMD dikhuatiri lemas sempat 'reunion' bersama rakan
Seorang daripada rakan mangsa berkata sebelum kejadian itu mereka berlima termasuk mangsa bertemu serta mandi di sungai berkenaan.
Bot terbalik, remaja perempuan dikhuatiri lemas
Mangsa berusia 14 tahun itu dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung bersama tiga lagi individu.
Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang dibawa arus - Bomba
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, di sini hari ini.
Bot terbalik, dua dikhuatiri lemas di Tenom
Seorang lelaki berusia 50 tahun dan kanak-kanak lelaki 10 tahun dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka bagi membeli barang keperluan, terbalik di Sungai Padas, Kampung Kalandos Pangi.
Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ketika memancing
Operasi mencari mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu, diteruskan bermula 9 pagi tadi oleh Pasukan Penyelamat di Air dan Unit Anjing Pengesan (K9).