Pemandu bas nyaris maut, bas masuk cerun

Pemandu bas nyaris maut, bas masuk cerun
Polis akan mengambil keterangan pemandu bas terbabit dan beberapa saksi bagi mengenal pasti punca kejadian. - Foto Astro AWANI
SUBANG: Seorang pemandu bas nyaris maut apabila bas yang dipandunya merempuh  penghadang jalan sebelum terjatuh ke dalam sebuah cerun.

Insiden jam 1 pagi tadi berlaku dipercayai berpunca dari drive shaft bas berkenaan yang patah menyebabkan pemandu terbabit hilang kawalan.
Ketika kejadian, mangsa, Azman Aman, sedang memandu seorang diri dan dalam perjalanan pulang dari Shah Alam menuju ke depoh.


Sebuah jentera bersama tujuh anggota  dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bergegas ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat dan mengalihkan bas.

Polis akan mengambil keterangan pemandu bas terbabit dan beberapa  saksi bagi mengenal pasti punca kejadian.