Jumaat lalu, Astro AWANI menyiarkan satu artikel berjudul Pemandu GrabCar ditahan polis yang disyaki ditahan polis kerana disyaki merogol dan menyamun seroang pelanggan yang didakwa penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada Khamis.

Ini respon dari Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh kepada Astro AWANI hari ini.

"We would like to clarify that the person arrested is not a GrabCar driver and was never registered on our Grab platform." (Kami ingin menjelaskan individu yang diberkas itu bukan pemandu GrabCar dan tidak pernah berdaftar dengan platform Grab)," kata Goh dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemandu GrabCar itu didakwa menjadi suspek rogol dan samun bersenjata seorang pelajar sebuah universiti awam pada Rabu ditahan dalam satu tangkapan di Pelabuhan Klang, Selangor pada Jumaat.

Suspek berusia 27 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah itu ditahan pada pukul 4 pagi.