Seorang pemandu lori maut selepas merempuh sebuah lori kontena rosak di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), antara Lembah Beringin ke Tanjung Malim, awal pagi ini.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira kira jam 1.30 pagi itu, lori kontena yang rosak itu sarat dengan muatan dan berada di laluan perlahan.

Mangsa yang tidak menyedari, terus merempuh belakang kontena berkenaan, menyebabkan dia tersepit dan mati di tempat kejadian.

Pasukan bomba dikejarkan ke lokasi dan berjaya mengeluarkan mangsa 30 minit kemudian.

Polis akan mengambil keterangan pemandu lori kontena terbabit bagi mengenal pasti punca kemalangan.