Seorang peraih ikan yang dipercayai memandu menentang arus di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja syarikat pembersihan di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi, direman empat hari bermula hari ini.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Najwa Hashim selepas suspek yang memakai baju-T berwarna putih dan berseluar pendek hitam dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret, hari ini.
Suspek yang tinggal di Tanah Putih di sini, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.
BACA: Lelaki maut dilanggar pemandu mabuk melawan arus di Kuantan
Dalam kejadian 9.20 malam tadi, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41 tahun, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Gebeng di sini, maut selepas kereta Toyota Yaris dipandunya dirempuh kereta Toyota C-HR yang dipandu menentang arus dan secara berbahaya.
Mangsa yang beralamat di Sungai Isap Perdana di sini, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan dada.
Siasatan awal mendapati kereta Toyota C-HR itu dipandu menentang arus sejauh lebih lima kilometer bermula dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa mengelak daripada bertembung.
Suspek lelaki itu dipercayai telah mengambil minuman keras di rumah rakannya di sebuah taman perumahan di Semambu, sebelum kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 26 2020
Dalam kejadian 9.20 malam tadi, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41 tahun, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Gebeng di sini, maut selepas kereta Toyota Yaris dipandunya dirempuh kereta Toyota C-HR yang dipandu menentang arus. - Gambar fail
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Warga emas cari lokan disyaki dibaham buaya masih belum ditemui
Pasukan SAR bagi mencari Minu Kin, warga emas yang dipercayai dibaham buaya ketika mencari kolan di Sungai Rayu, Lundu pada Rabu lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk selepas tiga hari operasi dijalankan.
Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dijangka mula operasi 2026
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng, dijadual bermula tahun depan dan beroperasi pada tahun 2026 dengan kos sebanyak RM2 bilion.
Pahang rancang bina lapangan terbang antarabangsa di Gebeng
Rancangan kerajaan Pahang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa baru di Gebeng, secara dasarnya telah dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara.
Nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut
Seorang nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke laut semasa menangkap ikan 14 batu nautika timur Gebeng.
Pahang bakal miliki Bandar Aeroangkasa - MB
Projek berimpak tinggi itu menyokong Rancangan Fizikal Negara ke-3 iaitu sebagai bandar pembangunan transit nasional secara bersepadu di kawasan berkenaan.
Fasa pertama hab sarung tangan getah di Kuantan bermula Jun ini
Hab yang melibatkan pelaburan berjumlah RM100 juta itu berkeluasan kira-kira 128.2 hektar di kawasan perindustrian Gebeng.
Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: Mayat mangsa hilang ditemukan
Mayat kanak-kanak yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini semalam, ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi.
Pemandu mabuk rempuh lelaki direman
Seorang peraih ikan yang dipercayai memandu menentang arus di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja syarikat pembersihan di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi.
Tiga pemancing sesat ditemui selamat
Rosdan Zakaria berkata, ketiga-tiga mangsa yang berusia 24 hingga 25 tahun ditemui kira-kira empat kilometer dari jalan utama berhampiran bulatan Gebeng, pada jam 8.07 malam.
Lynas optimis penuhi syarat pembinaan PDF
Lynas akan memenuhi semua aspek perundangan dan peraturan yang disyaratkan, seperti yang diamalkan sejak mereka mula beroperasi di negara ini.