Penyandang Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau berkata usahawan bumiputera akan terjejas teruk sekiranya pihak pembangkang memerintah dan meneruskan manifesto mereka untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Jelas beliau, pemansuhan GST itu juga akan menyusahkan semua pihak terutamanya golongan usahawan yang baharu bertapak dalam bidang perniagaan.
Menurut Madius, beliau menggesa agar usahawan bumiputera tidak termakan dengan janji manis pembangkang untuk memansuhkan GST.
"Pihak pembangkang ini mereka janji bulan dan bintang sebagainya, mereka janji tol dihapuskan, PTPTN dihapuskan dan hapuskan GST.
"Ini bererti mereka mahu buang lebih RM20 billion pendapatan negara. Walhal mereka tidak tahu hari ini dengan adanya GST, negara kita berjaya memperoleh RM45 billion dan jika dihapuskan GST, hutang negara akan meningkat dan melambung tinggi.
"Sehubungan itu, kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan GST adalah tepat dan berada di landasan yang betul," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Business Incubation Transformational Solutions di Dalit Bay Tuaran, di sini, hari ini.
Sementara itu, pada majlis ini, seramai 30 usahawan daripada kalangan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) telah menerima bantuan sebanyak RM10,000 dalam bentuk latihan untuk memperkasakan lagi keupayaan mereka.
"Latihan ini juga adalah untuk memperkasakan lagi kemahiran mereka di segi pengurusan kewangan, pengurusan pasaran dan juga pengurusan sumber manusia.
"Bagi kita ini sangat penting dan berimpak tinggi sebab ini akan mempertingkatkan lagi keupayaan mereka dalam bidang perniagaan yang diceburi," katanya.
Tambah Madius, program yang dianjurkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) jelas menunjukkan bahawa kerajaan komited dalam membantu usahawan-usahawan bumiputera khususnya masyarakat Kadazandusun di negeri ini.
Fifi Harteeny Marzuki
Mon Apr 23 2018
MADIUS (tengah) ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Business Incubation Transformational Solutions di Dalit Bay Tuaran, di sini, hari ini.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.