Pematuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia adalah baik walaupun masih terdapat keperluan untuk terus menggalakkan pendidikan mengenai cukai.

Timbalan Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mohamad Sabri Saad berkata terdapat kira-kira 470,000 entiti yang berdaftar GST, termasuk individu, syarikat, perkongsian dan usaha sama.

Ia adalah wajib bagi entiti yang mengendalikan perniagaan didaftarkan GST apabila hasil perolehan yang boleh dikenakan cukai melebihi RM500,000.

"Kebanyakan pembayar cukai adalah perusahaan kecil dan sederhana. GST berdasarkan kepada pulangan yang diisytiharkan dan kami akan memaklumkan yang terjejas jika terdapat masalah disebabkan oleh sistem kami," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Cukai Malaysia 2018 di sini pada Rabu.

Persidangan selama dua hari yang bermula Selasa, menghimpunkan hampir 500 peserta terdiri daripada pengamal cukai, pengurus cukai, ejen cukai, ketua pegawai kewangan, pengarah kewangan, akauntan bertauliah dan ahli akademik.

-- BERNAMA