Polis menahan seorang wanita yang juga pembantu klinik disyaki bersubahat dengan teman lelakinya melakukan jenayah samun terhadap seorang doktor di sebuah klinik di Taman Pandan Indah, Ampang Jaya, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff, ketika kejadian pada pukul 8.48 pagi Isnin, pihaknya menerima laporan seorang lelaki bersenjatakan objek menyerupai pistol menyamun seorang doktor di klinik terbabit dengan kerugian dilaporkan sebanyak RM2,443.
"Berdasarkan semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah masuk ke dalam klinik dan keluar selepas beberapa minit dengan hasil wang perniagaan klinik tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata, siasatan lanjut mendapati keterangan pembantu klinik wanita berusia 24 tahun yang bekerja sejak lebih sebulan meragukan.
Katanya, soal siasat mendapati suspek telah berpakat dan bersubahat dengan teman lelakinya yang dikenali enam bulan lepas berusia 26 tahun dan tindakan polis seterusnya menahan kedua-dua suspek.
"Pihak polis telah merampas pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian, wang tunai berjumlah RM310, dua resit deposit tunai berjumlah RM2,050 dan barangan lain untuk tujuan siasatan.
"Kes telah diklasifikasi di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dengan senjata.
"Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai 14 tahun dan dikenakan denda atau sebat," jelasnya.
Afiezy Azaman
Tue Jan 14 2020
Polis menahan seorang wanita yang juga pembantu klinik disyaki bersubahat dengan teman lelakinya melakukan jenayah samun terhadap seorang doktor di sebuah klinik di Taman Pandan Indah, Ampang Jaya, Selangor.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.
Berang tak dapat RM5,000, isteri acu pisau pada suami
Berang kerana wang RM5,000 yang diminta untuk pulang ke kampung tidak diberi, seorang wanita warga Indonesia bertindak mengugut dengan mengacu pisau ke muka suaminya.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Cemburu dipercayai punca lelaki maut dalam letupan
Kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berusia 30 tahun itu ditahan di Serdang, Kedah, malam Selasa.
Berhenti ambil gambar di lorong kecemasan, punca kemalangan di Lebuhraya SUKE - Polis
Lorong kecemasan bukan untuk berhenti sesuka hati dan ambil gambar pemandangan!
MPAJ sita pasu bunga, kon diguna untuk cop parkir
Barangan terbabit dipercayai digunakan sebagai 'penanda' cop parkir di kawasan pangsapuri kos rendah sekitar Ampang.
Tanah runtuh Ampang Jaya: Lima rumah terjejas, 12 penduduk berpindah - Polis
Lima buah rumah di dua lokasi berasingan di Ampang Jaya di sini terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat petang semalam.
Hujan berterusan beberapa hari tingkatkan risiko tanah runtuh - Pakar
Perkara yang perlu diberi perhatian kini adalah cara untuk mencegahnya daripada berlaku termasuk insiden besar seperti di Ampang itu.
Diculik, dipukul kerana gagal bayar hutang
Seorang lelaki warga asing diculik dan dipukul kenalannya dua hari lalu kerana gagal bayar hutang.