Pembebasan kesemua 47 rakyat Malaysia, termasuk 40 anak Sarawak, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dalam talian secara haram di Kemboja, telah mendapat perintah mahkamah negara itu.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, perkara utama yang diterapkan semasa membuat rundingan bersama kerajaan Kemboja adalah untuk menghormati undang-undang negara terbabit.
"Terima kasih kepada kerajaan Kemboja di bawah pimpinan Perdana Menteri Hun Sen yang memudahkan proses pembebasan ini mengikut undang-undang negara itu," katanya pada sidang media sempena ketibaan 43 bekas tahanan tersebut iaitu 40 rakyat Sarawak dan tiga dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, hari ini.
Beliau berkata kunci utama kejayaan pembebasan 47 rakyat Malaysia itu adalah kerana keprihatinan kerajaan Sarawak dan kerajaan pusat yang berkerjasama membuat rundingan sehingga keputusan positif berjaya dicapai.
Hadir sama Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar, Deddy Faisal Ahmad Salleh.
Fatimah, Wan Junaidi dan Deddy merupakan anggota delegasi yang dihantar oleh kerajaan Sarawak untuk misi membawa pulang kesemua 47 warga Malaysia itu yang ditahan di Penjara Banteay Mancheay, kira-kira 44km dari Phnom Penh, pada 16 Disember lalu selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket pemerdagangan manusia yang menawarkan gaji lumayan.
Mereka akhirnya di dibebaskan Jumaat lalu dan dibawa pulang hari ini.
Kesemua 40 anak Sarawak dan tiga dari Sabah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja, pada jaml 10.35 pagi tadi dengan menaiki penerbangan khas JC International Airlines bersama-sama Fatimah.
Sementara itu, empat lagi iaitu tiga berasal dari Selangor dan seorang dari Kuala Lumpur dibawa pulang menaiki pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Seam Reap pada jam 8.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 11.35 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 17 2019
Kesemua 40 anak Sarawak dan tiga dari Sabah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja, pada jaml 10.35 pagi tadi dengan menaiki penerbangan khas JC International Airlines bersama-sama Fatimah. - Gambar fail
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Op Limau: 120 ditahan terlibat judi haram - Polis
Dalam tempoh itu, sebanyak 20 serbuan dilaksanakan dan 120 individu terdiri daripada 115 lelaki dan lima wanita ditahan, manakala wang tunai berjumlah RM92,481 dirampas.
Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam
Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin.
Sembilan dicekup leka main judi dalam ladang sawit
Penganjur yang merupakan pengusaha kelapa sawit menghebahkan aktiviti perjudian itu dalam kalangan kenalan yang kebanyakan juga merupakan pengusaha sawit.
Judi: Polis Sabah rampas lebih RM100,000, tangkap 93 orang
Sebanyak 12 serbuan telah dijalankan di bawah Op Limau, sempena Sambutan Tahun Baru Cina kali ini.
Pembebasan 47 tahanan Malaysia sudah mendapat perintah mahkamah Kemboja
Perkara utama yang diterapkan semasa membuat rundingan bersama kerajaan Kemboja adalah untuk menghormati undang-undang negara terbabit.
PDRM buka bilik gerakan khas tangani kegiatan perjudian
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya memandang berat kenyataan pelbagai pihak yang mempertikaikan kesungguhan dan keberkesanan tindakan pasukan keselamatan itu.
Polis Sarawak tahan 82 lagi individu terlibat aktiviti judi
Polis Sarawak melakar satu lagi kejayaan dalam usahanya membanteras aktiviti perjudian di negeri ini apabila menahan 82 lagi individu minggu lepas.