Negeri Sembilan bercadang melakukan pembenihan awan dalam masa terdekat bagi meningkatkan bekalan air di empangan dan sungai yang kini berada pada paras yang tidak memuaskan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata usaha itu perlu dilakukan kerana dengan awan jenis komulonimbus pada ketika ini, pembenihan awam sesuai dilaksanakan.
"Saya sudah gerakkan Jawatankuasa Bencana Alam untuk bincang perkara ini dan saya sudah putuskan untuk memohon kepada Jabatan Meteorologi untuk membuat pembenihan awan dan mereka telahpun bersetuju pembenihan awan dilakukan di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
"Keadaan awan sekarang sesuai untuk kita buat pembenihan awan dan saya yakin ia akan dilakukan dalam masa terdekat. Selepas itu saya berharap hujan turun lebat khususnya di kawasan yang kita tumpukan ini kerana ia merupakan kawasan huluan," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Deepavali Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk V.S. Mogan di sini Sabtu.
Sementara itu, Mohamad meminta semua surau dan masjid di negeri ini mengadakan solat hajat bagi memohon hujan.
"Sejak minggu lepas lagi saya sudah minta semua surau dan masjid adakan solat sunat hajat untuk berdoa agar hujan yang turun mencukupi kerana hujan hanya 50 peratus sahaja di negeri ini menyebabkan (paras) air di empangan dan sungai banyak yang turun.
"Alhamdulillah, dua tiga hari ini kita lihat sudah ada hujan turun tetapi taburan hujan masih kurang dan sekejap sahaja, saya harap supaya kita semua terus berdoa agar hujan turun," katanya.
Dalam masa yang sama, Mohamad berkata Jawatankuasa Bencana Alam juga sedang meneliti cadangan melaksanakan catuan bekalan air sekiranya paras air tidak berubah atau terus menurun.
Katanya jika cadangan itu diteruskan ia mungkin dilaksanakan pada waktu malam atau dua kali seminggu.
"Bagaimanapun sekiranya hujan turun pada kadar yang mencukupi dalam waktu terdekat ini, kita akan tangguhkan dahulu program catuan air ini," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2016
MOHAMAD: Saya sudah putuskan untuk memohon kepada Jabatan Meteorologi untuk membuat pembenihan awan dan mereka telahpun bersetuju pembenihan awan dilakukan di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. - Gambar fail
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Pembenihan awan di Negeri Sembilan dalam masa terdekat - MB
Usaha itu perlu dilakukan kerana dengan awan jenis komulonimbus pada ketika ini, pembenihan awam sesuai dilaksanakan.