Cadangan membina pagar keselamatan sepanjang 656km di sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Perlis hingga Kelantan masih di peringkat kajian, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Keselamatan KDN, Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata pembinaan pagar keselamatan yang bertujuan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan akan dilaksanakan secepat mungkin sebaik sahaja kajian tersebut selesai.
"Pembinaan pagar keselamatan itu tidak ditangguhkan tetapi masih di peringkat kajian. Kita masih menunggu keputusan hasil kajian yang dijalankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Kekangan utama sekarang adalah melibatkan bentuk muka bumi dan kewangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Program 1 Aman Week: Bersama Mencegah Jenayah Peringkat Kontinjen Kelantan 2016 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.
Mustafa berkata mengikut perancangan awal, pembinaan fasa pertama pagar keselamatan itu akan dilaksanakan di Perlis dan akan diikuti Kedah, Perak dan Kelantan.
Sempadan Malaysia-Thailand dianggarkan sepanjang 656km namun hanya 111km sahaja yang berpagar.
Bernama
Thu May 26 2016
Mustafa Ibrahim (dua, kiri) merasmikan "Program 1 Aman Week" bersama mencegah jenayah 2016 di pusat transformasi luar bandar (RTC) Tunjong hari ini. -Foto Bernama
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Pembinaan pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand masih peringkat kajian
Pembinaan pagar keselamatan yang bertujuan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.
Imigresen mampu halang individu terlibat Daish di pintu masuk negara
Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata pihaknya bergantung kepada pihak polis dalam membantu mengenal pasti individu yang terlibat sama ada warga tempatan mahupun asing dalam kegiatan itu.
Imigresen pantau militan IS di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen sedang memantau pintu masuk negara dalam usaha mengesan individu yang terlibat dengan gerakan militan IS, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim.
Pasport Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dibatal serta-merta
Pasport penulis blog, Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil akan dibatalkan secepat mungkin dan kini sudah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia.
59,765 warga asing diusir ke negara asal tahun ini - Imigresen
Sebanyak 59,765 warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan telah diusir ke negara asal mereka termasuk banduan asing yang telah tamat menjalani hukuman penjara.