Pemborong minyak masak digesa supaya memastikan bekalan minyak masak terutamanya paket 1 kilogram (kg) mencukupi untuk dijual di pasar raya dan kedai runcit di daerah ini.
Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Tawau Peter J Berinus Agang berkata kekurangan bekalan minyak masak atau kelewatan penghantaran akan menimbulkan kerisauan kepada pengguna.
"Saya juga meminta pengguna tidak membeli secara panik...hari ini, sebuah pasar raya menerima bekalan minyak masak 60 kotak daripada pemborong tetapi tidak sampai setengah jam bekalan tersebut habis dijual," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sehingga kini, terdapat tujuh pemborong yang dilantik untuk membekalkan minyak masak termasuk paket 1kg bagi daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.
Sebelum itu, tinjauan Bernama mendapati bekalan minyak masak paket 1kg yang dijual di kedai runcit dan pasar raya sekitar Tawau telah kehabisan stok.
Tinjauan itu turut mendapati hanya dua kedai menjual minyak masak paket 1kg, manakala selebihnya sudah tiga hari hingga seminggu tidak menerima bekalan baharu bahan tersebut daripada pemborong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2016
Sehingga kini, terdapat tujuh pemborong yang dilantik untuk membekalkan minyak masak termasuk paket 1kg bagi daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
Makin nak Raya, harga daging makin naik
Harga daging lembu segar tempatan di sekitar Kepala Batas di sini dijual pada harga RM40 sekilogram, dipercayai melebihi harga siling RM34 sekilogram yang ditetapkan kerajaan.
Perisian tidak sah: Gayatri seru kerajaan cari strategi kukuh bantu industri perfileman
Menurut Gayatri, pihaknya cukup terasa dengan impak cetak rompak kerana tidak banyak saluran di Malaysia yang boleh menjual produk mereka.
Bagaimana nak pertahankan karya jurugambar yang dicilok?
Jurugambar perlu tahu hak mereka sekiranya karya-karya yang dibidik menjadi mangsa plagiat atau dicuri untuk kegunaan pihak lain.
JPJ kekal penggunaan WhatsApp untuk orang ramai buat aduan
Langkah itu dianggap berkesan dalam menangani pemandu yang melanggar peraturan antara lain memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan memotong di lorong kecemasan.
KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina
Sebanyak 12 jenis barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Tahun Baharu Cina 2019 yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula 30 Jan dan berakhir pada 8 Feb.
Harga barangan perlu diselaraskan ikut SST mulai 15 Nov
Mulai 15 Nov depan, semua pasar raya besar dan kedai runcit berangkai di seluruh negara perlu menyelaras harga baharu bagi semua jenis barangan mengikut sistem SST yang dilaksanakan pada 1 Sept lalu.
Gerai ikan 5 sen diperiksa
Tindakan berkenaan adalah tugas rutin dilakukan ke atas premis perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan dan garis panduan ditetapkan.
Kementerian Kesihatan kaji mekanisme kawalan harga ubat
Usaha itu diambil berikutan harga ubat-ubatan dalam pasaran kian meningkat setiap tahun dan dikhuatiri menjejaskan kebolehmampuan penjagaan kesihatan untuk rakyat.
KPDNKK N. Sembilan kesan 21 kes langgar kawalan harga musim perayaan
Kes dikesan hasil pemeriksaan ke atas 815 premis perniagaan dan melibatkan antaranya Perintah 2 (1) Perintah Kawalan Harga Antipencatutan Penandaan Harga Barang Terkawal.
Mantapkan penguasaan Bahasa Inggeris mudahkan permohonan dana kerajaan
kemahiran Bahasa Inggeris mampu memacu sektor e-dagang tempatan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di peringkat global.