Pembulian media sosial kini di tahap melampau dan mendatangkan impak negatif yang besar, kata presiden International Association for Suicide Prevention (IASP) Professor Ella Arensmen.
"Impak negatif pembulian media sosial telah merebak merentasi negara-negara dan sukar untuk campur tangan," kata Arensmen pada sidang akhbar selepas perasmian Kongres Sedunia Persatuan Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa (IASP) ke-29 dan Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia (MCPM) ke 21 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Bentuk pembulian media sosial termasuk mengirim komen negatif mengenai gambar, cacatan lucah/makian di wall seseorang pengguna, menggunakan gambar atau video mempersenda pengguna lain, menggunakan media sosial untuk mengintip, menggodam akaun atau membuat catatan dusta seolah-olah orang lain yang menulisnya.
Menurut beliau terdapat keperluan untuk menimbulkan kesedaran bahawa perbuatan membunuh diri dan masalah kesihatan mental merupakan masalah kesihatan awam yang serius, namun keadaan itu boleh dikawal dan rawatannya ada.
Arensmen berkata, rawatan awal psikologikal serta peranan pengubatan boleh membantu langkah mencegah.
Sementara itu, pengerusi penganjur persidangan, Professor T. Maniam berkata, kadar orang membunuh diri di Malaysia masih rendah berbanding di Jepun dan Korea Selatan.
Katanya, kadar di Malaysia ialah enam hingga lapan orang bagi setiap 100,000 orang, iaitu kira-kira 2,000 orang setahun.
Menurut beliau, di sesetengah negara kadarnya ialah 20 bagi setiap 100,000 orang.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) dan pengerusi bersama jawatankuasa penganjur Professor Nor Zuraida Zainal berkata kes percubaan bunuh diri sebenarnya wujud setiap hari khususnya di kalangan golongan remaja.
Yang demikian, kata beliau, perlu wujud kerjasama dan setiap orang terutama ibu bapa perlu memain peranan mencegah perbuatan bunuh diri.Mengenai kes buli di sekolah, beliau berkata terdapat banyak kes buli tidak melibatkan kematian, tetapi tidak dilaporkan, namun ini membimbangkan kerana kesan kepada mangsa adalah serius.
Persidangan itu yang bermula semalam akan berakhir 22 Julai, dan akan membincangkan topik yang luas termasuk program mencegah bunuh diri kebangsaan, intervensi klinikal dan psikososial, promosi kesihatan mental, sokongan kemurungan bunuh diri, bunuh diri dan media, dan langkah menghalang akses kepada cara-cara yang boleh menyebabkan maut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017
Terdapat keperluan untuk menimbulkan kesedaran bahawa perbuatan membunuh diri dan masalah kesihatan mental merupakan masalah kesihatan awam yang serius
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah
Seorang pelajar yang tular kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis.
Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.
Dakwaan buli: Polis akan rakam keterangan, ibu bapa, rakan, pihak sekolah
Polis akan merakam percakapan ibu, bapa, rakan dan pihak sekolah berhubung dakwaan seorang remaja melarikan diri dari asrama akibat dibuli.
Dakwaan buli: Ibu kepada remaja lari dari asrama buat laporan polis
Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada pukul 11.16 pagi.
Kes Buli: Tunggu laporan lengkap, pihak pengurusan sekolah enggan beri kenyataan
Pihak pengurusan berkata segala kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas laporan dan proses siasatan lengkap dilakukan.
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Kes buli MCKK: Laporan lengkap dari Hospital Kuala Kangsar diterima hari ini
Kertas siasatan kes tersebut akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu hadapan.
Elak dibuli, pemuda Afghanistan ceburi Muay Thai
Beberapa insiden yang dialami suatu ketika dahulu menjadikan Nawib tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.